BYD ATTO 3 2024 FACELIFT BAHARU - HARGA DARI RM149,800

oleh Firdaus Razani|
Sime Darby Motors selaku pengedar rasmi BYD di Malaysia, mengumumkan penampilan baharu versi facelift bagi model BYD ATTO 3 2024.

Versi dinaik taraf bagi SUV elektrik yang memenangi anugerah itu menggariskan komitmen BYD terhadap inovasi dan kualiti, menawarkan pengalaman memandu yang tiada tandingan.

 

byd

 

BYD ATTO 3 2024, direka berdasarkan e-platform 3.0 BYD dan revolusi Teknologi Ultra-Safe Patented Blade Battery.

Ia turut menerima pengiktirafan penarafan maksimum lima bintang dengan mendahului institut keselamatan Eropah, Euro NCAP.

Oleh itu, untuk versi facelift terbaharu, Atto 3 menerima penambahbaikan dari segi luaran, dalaman seperti berikut;

 

Rekaan luaran:

  • Di bahagian D-pillar, BYD menambah sentuhan estetika dengan warna hitam kilat yang menggantikan warna putih sebelumnya.
  • Pada emblem bahagian belakang turut diubah dengan singkatan logo ‘BYD’ yang sebelum ini dengan perkataan ‘Build Your Dream’.

 

byd

 

Rekaan dalaman:

  • Memperkenalkan warna "Hitam-Biru Gelap" baharu, meningkatkan estetika dalaman.
  • BYD ATTO 3 2024 kini menawarkan dua pilihan warna dalaman iaitu Hitam-Biru Gelap sebagai tambahan kepada Biru Gelap-Kelabu Cerah sedia ada, yang tertakluk kepada pilihan warna luaran yang dipilih.
  • Atto 3 2024 turut meningkatkan saiz skrin sentuh infotainmen berputar daripada 12.8 inci kepada 15.6 inci.

 

byd

 

BYD Atto 3 2024 baharu turut menerima tambahan warna baharu dalam barisan Atto 3 iaitu warna Cosmos Black yang meningkatkan lagi keanggunan keseluruhan Atto 3 facelift terbaharu ini.

 

byd

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Motor Elektrik Lebih Berkuasa Dokumen MIIT menyenaraikan penggunaan satu motor elektrik yang…
Berita Global
Platform dan Sistem Elektrik • Dibina menggunakan E-Platform 3.0 • Rekaan bateri jenis cell-to-…
Kereta
Reka Bentuk & Dimensi BYD Atto 3 Ultra berada di tengah-tengah dari segi saiz  lebih besar dari…