CAAM iktiraf helikopter Airbus H160

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Generasi enjin berkembar Airbus yang terkini iaitu helikopter kelas-sederhana, H160 dianugerahkan pengiktirafan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) selepas memperoleh pensijilan daripada Transport Canada Civil Aviation.

Pengarah Urusan Airbus Helicopters Malaysia, Axel de Pascal berkata, pengiktirafan daripada agensi itu memberi laluan kepada pihaknya untuk membawa masuk rotorkraf ke pasaran negara ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, H160 turut diiktiraf oleh European Union Aviation Safety Agency (EASA), US Federal Aviation Administration (FAA) dan Japan Civil Aviation Bureau (JCAB).

“Ia (pengiktirafan) membuktikan keyakinan dipamerkan Malaysia terhadap penawaran terbaharu kami yang bakal menguasai ruang angkasa negara beberapa bulan akan datang.

“Pencapaian ini mempamerkan jalinan kerjasama kukuh antara Airbus dan CAAM dalam memastikan pelaksanaan penilaian menyeluruh yang mematuhi piawaian keselamatan tertinggi.

“Kami teruja untuk menyaksikan helikopter ini menyokong misi kritikal negara tak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pihaknya turut menjelaskan, komponen H160 menetapkan standard baharu dari aspek keselamatan, keselesaan dan prestasi alam sekitar dengan teknologi tercanggih yang merangkumi bilah rotor ‘Blue Edge’, ekor rotor berlengan ‘Fenestron’ serta ruang avionik ‘Helionox’.

Tambah syarikat itu, helikopter tersebut kurang menggunakan bahan api iaitu sebanyak 15 peratus atau mengeluarkan bunyi bingit sehingga 50 peratus sebagai usaha menjaga alam sekitar.

“Ia juga dilengkapkan secara unik bagi memenuhi keperluan juruterbang dan juruteknik, memberikan nilai tambah kepada pelanggan melalui penyampaian prestasi, keupayaan, daya saing ekonomi, inovasi, keselamatan serta keselesaan.

“H160 kini mempunyai pelanggan untuk semua segmen seperti penerbangan peribadi dan perniagaan; perkhidmatan perubatan kecemasan; misi mencari dan menyelamat; penguatkuasaan undang-undang dan ketenteraan.

“Di peringkat global, helikopter H160 merekodkan lebih daripada 2,800 jam penerbangan,” ujarnya lagi.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pengeluar helikopter Eropah itu berhasrat untuk memperkukuhkan penguasaannya dalam…
Berita Domestik
Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada Nov lepas, bagaimanapun susulan…
Berita Domestik
  Katanya, sebuah helikopter didapati mendarat di lokasi berkenaan untuk menghantar seorang…