Cara Cycle & Carriage tawar khidmat lepas jualan lebih selamat tanpa sentuhan

oleh Mohamad Hanif|
Sudah terang lagi bersuluh, pandemik COVID-19 yang melanda satu dunia ternyata telah berjaya mengubah pendekatan kita untuk berinteraksi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan sahaja dari segi pergaulan sosial, malah ia juga turut merangkumi aspek urusan rasmi termasuklah urusan pembelian kenderaan dan khidmat selepas jualan bagi memastikan setiap urusan adalah selamat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Cycle & Carriage selaku salah sebuah daripada pengedar kenderaan berjenama Mercedes-Benz di Malaysia tidak ketinggalan memastikan aspek khidmat selepas jualan yang mampu menawarkan pengalaman yang lebih selamat kepada para pelanggan mereka.

Antara inisiatif yang telah diperkenalkan termasuklah:

Drop & Go

Drop n Go


Untuk golongan yang tidak mempunyai masa untuk menunggu kenderaan diservis, mereka boleh meletakkan kereta dan menyerahkan kunci di kaunter Drop & Go.

Para pemilik akan diberikan notifikasi oleh wakil Cycle & Carriage setelah urusan servis selesai.

 

Kerja dari rumah? Guna sahaja perkhidmatan Cycle & Carriage Door-to-Door

GLE


Kerja dari rumah (work from home) kini sudah menjadi satu kelaziman, dan ada kalanya bebanan kerja ketika WFH adalah jauh lebih berat berbanding di pejabat.

Jika anda tiada masa, hubungi sahaja wakil Cycle & Carriage, dan mereka akan datang dan menghantar kenderaan anda untuk diservis di mana-mana Autohaus yang diiktiraf, asalkan ia berada dalam radius 30 km dari rumah anda.

 

Bantuan tepi jalan 24 jam

GLE


Seperti kehidupan yang penuh dengan kejutan, ada kalanya kita tidak dapat mengelak daripada berhadapan dengan insiden di luar jangkaan ketika sedang memandu.

Untuk itu, anda tidak perlu risau kerana pasukan Service 24h Roadside Assistance Cycle & Carriage akan datang untuk membantu anda di mana jua dengan jaminan standard perkhidmatan sokongan yang terbaik.

 

Program Lanjutan Jaminan Terhad Cycle & Carriage

GLE 450


Cycle & Carriage menawarkan program lanjutan jaminan untuk tempoh terhad bagi setiap pembelian kenderaan Mercedes-Benz, di mana pelanggan akan diberikan kebebasan untuk memilih pelan bertempoh satu atau dua tahun dengan jarak perbatuan tanpa had.

Dengan program lanjutan jaminan ini, ia mampu menawarkan lebih ketenangan minda kepada para pelanggan untuk sepanjang tempoh pemilikan.

Setiap alat ganti juga dilindungi oleh jaminan tambahan bertempoh 24 bulan di bawah Mercedes-Benz Parts Warranty dan sekiranya terdapat kerosakan dalam tempoh tersebut ia akan digantikan tanpa sebarang kos di mana-mana Autohaus yang sah.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web Cycle & Carriage di https://www.ccb.mercedes-benz.com.my/

Baca: Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line 2021

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Konsep baharu yang dipamerkan adalah untuk menunjuk komitmen CCB sebagai peneraju pengalaman mewah…
Berita Domestik
Sebagai salah satu cara untuk menyambut ulang tahun yang ke-120, Cycle & Carriage Bintang…
Berita Domestik
  Cyle& Carriage Bintang Berhad akan menjual saham-saham mereka di dalam syarikat Mercedes-…