Cycle & Carriage tawar geran pengajian teknik dan vokasional untuk rakyat Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai salah satu cara untuk menyambut ulang tahun yang ke-120, Cycle & Carriage Bintang Berhad melancarkan sebuah inisiatif berbentuk bantuan pembelajaran Cycle & Carriage Study Grant

Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan sokongan kepada golongan yang menyambung pelajaran di dalam bidang vokasional dan teknikal, serta mencari peluang pekerjaan di dalam sektor automotif Malaysia. 

Cycle & Carriage Study Grant ini terbuka kepada:

  • rakyat Malaysia
  • berusia 16 tahun dan ke atas
  • pendapatan keluarga RM3,000 dan ke bawah
  • keputusan kredit minimum bagi English dan Matematik untuk PT3, SPM atau SVM.
  • sedang menyambung pelajaran di dalam bidang automotif di institusi yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (DSD) atau Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE)


Lima orang yang layak akan menerima bantuan Cycle & Carriage Study Grant sehingga RM5,000 setahun untuk tempoh pengajian maksimum selama tiga tahun.

Proses permohonan akan dibuka dari Mac sehingga April dan diikuti dengan sesi temuduga yang akan dijalankan oleh ahli jawatankuasa pemilihan Cycle & Carriage pada Mei nanti.

Rakyat Malaysia yang berminat boleh menghantar permohonan menerusi laman web di bawah:
http://bit.ly/CCBStudyGrant

Berita Berkenaan

Informasi
Bukan sahaja dari segi pergaulan sosial, malah ia juga turut merangkumi aspek urusan rasmi…
Berita Domestik
Konsep baharu yang dipamerkan adalah untuk menunjuk komitmen CCB sebagai peneraju pengalaman mewah…
Berita Domestik
  Cyle& Carriage Bintang Berhad akan menjual saham-saham mereka di dalam syarikat Mercedes-…