Cara mudah cari Diesel Euro 5 dengan aplikasi mudah alih

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diesel Euro 5  sudah lama diperkenalkan di pasaran Malaysia, namun ia tidaklah boleh didapati secara meluas kerana hanya sesetengah stesen minyak sahaja yang menawarkannya. 

Dengan adanya teknologi mudah alih di tangan anda, mencari stesen minyak yang menawarkan Diesel Euro 5 ini menjadi lebih mudah, iaitu aplikasi Setel.

 


Setel merupakan sebuah aplikasi e-dompet yang memudahkan anda membuat pembelian bahan api di stesen minyak menerusi peranti pintar. 

Kemaskini versi terbaharu pula membolehkan anda membuat penapisan senarai stesen minyak menerusi jenis bahan api yang tersedia. 

 


Dengan filter Fuel Type, aplikasi Setel ini akan memaparkan stesen minyak yang berhampiran di dalam peta, atau menerusi senarai stesen minyak berdasarkan jarak daripada lokasi anda. 

Menariknya, aplikasi ini bukan sahaja memudahkan anda mencari bahan api untuk kenderaan anda, ia juga membolehkan anda menentukan lokasi surau, ATM, dan outlet makanan seperti KFC, McD dan Starbucks. 
 


Manakala untuk Diesel Euro 5 dari jenama yang lain, anda boleh merujuk kepada pautan yang kami sediakan di bawah: 

Caltex
Shell
BHP
Petronas

Sumber: Soya Cincau

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu yang berada di pam nombor dua sedang membetulkan…
Berita Domestik
"Pemandu lori berusia 52 tahun itu kemudian turun daripada kenderaan tersebut dan menuju ke kaunter…
Berita Domestik
Shell Café menyediakan menu minuman menggunakan biji kopi gabungan Arabica dan Liberica, seperti…