Shell Café menyediakan menu minuman menggunakan biji kopi gabungan Arabica dan Liberica, seperti Americano, Latte dan Cappucino, selain menu istimewa seperti Dirty Latte, Cokespresso dan ais kisar.
Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis makanan yang disajikan termasuklah pasta telur masin, sosej gourmet, wrap, serta pastri seperti firecracker, Chocolate Roll, karipap, croissant dan bermacam-macam lagi.
Pembukaan Shell Café ini menunjukkan komitmen Shell Malaysia dalam menjadikan stesen Shell berfungsi sebagai pusat sehenti utama untuk memenuhi keperluan pelanggan.