Careta turun padang - Adakah rakyat Malaysia tahu PETRONAS ialah juara pengeluar F1 tujuh kali berturut-turut?

oleh HEZERI SAMSURI|
Kejayaan pasukan Formula One Mercedes-AMG PETRONAS memenangi gelaran juara pengeluar (constructor) sebanyak tujuh kali berturut-turut ialah satu kejayaan yang disambut oleh seluruh dunia.

Ini ialah kerana perlumbaan Formula Satu (F1) adalah perlumbaan permotoran paling mencabar dan paling popular di seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di samping itu, kejayaan tujuh kali berturut-turut ini bermakna pasukan Formula One Mercedes-AMG PETRONAS sudah mengatasi kekayaan pasukan F1 Ferrari yang sebelum ini dikenali sebagai gergasi sukan permotoran tersebut (Ferrari memenanginya sebanyak enam kali sahaja).

Pasukan Careta turun padang untuk berjumpa dengan konsumer tempatan dan bertanyakan adakah mereka arif tentang kejayaan pasukan Formula One Mercedes-AMG PETRONAS.

 

 

Dari temubual secara rambang Careta dengan lebih dari 20 individu, rata-rata mereka mengetahui akan kejayaan PETRONAS itu walaupun ada yang bukan pengguna tegar Petronas.

Mereka juga tahu bahawa legenda baharu F1, Lewis Hamilton adalah pemandu yang memperjuangkan hak asasi kulit hitam dan juga mempunyai gelaran juara sebanyak 74 kali, mengatasi Michael Schumacher dengan Ferrari.

Paling penting, kesemua individu yang Careta temui tahu Lewis Hamilton adalah pemandu yang membawa bendera PETRONAS.

Kebanyakan pengguna-pengguna PETRONAS yang ditemui pula menggunakan bahan api Petronas kerana ia mudah didapati dan mereka percaya ia mempunyai teknologi yang setanding dengan jenama-jenama bahanapi luar negara.

 

 

Ada juga yang jarang menggunakan bahan api Petronas kerana lokasi stesen yang jauh tetapi menggunakan minyak pelincir Syntium kerana percaya teknologi penjagaan enjin yang wujud hasil kolaborasi PETRONAS dan pasukan Formula One Mercedes-AMG PETRONAS.

Untuk peminat pelincir Syntium pula, mengagumkan kerana ada yang benar-benar mengikuti perkembangan PETRONAS di dalam F1.

Mereka tahu bahawa makmal litar (trackside lab) pasukan F1 itu dikendaliklan oleh jurutera-jurutera bendalir PETRONAS yang mengikuti pasukan Formula One Mercedes-AMG PETRONAS di mana-mana litar perlumbaan. 

 

 

Tiga fakta menarik mengenai angka 7 dan juga makmal litar F1 PETRONAS itu ialah:

  • Sejumlah 70,000 minit ujian pengukuran dilakukan ke atas minyak pelincir enjin PETRONAS Syntium sepanjang tujuh musim perlumbaan F1.
  • Lebih dari 7,700 sampel minyak pelincir enjin PETRONAS Syntium diambil untuk memberikan informasi penting berkaitan ketahanan enjin pasukan Formula One Mercedes-AMG PETRONAS.
  • Ia mengambil masa selama 7 minit untuk membuat setiap analisa minyak enjin di dalam makmal litar PETRONAS F1 

Mungkin secara kebetulan, pasukan Formula One Mercedes-AMG PETRONAS telah memenangi kejuaraan pengeluar sebanyak 7 kali juga!

 

 

 

Kajian turun padang Careta turut mendapati ada pengguna Malaysia yang menyatakan sokongan terhadap jenama PETRONAS kerana mereka mahu membantu jenama nasional itu untuk terus berkembang.

Dalam erti kata lain, aktiviti pertemuan antara tim Careta dengan pengguna Malaysia kali ini memberikan penulis lebih pemahaman tentang sokongan pengguna Malaysia untuk jenama PETRONAS - satu jenama yang kini terbukti bukan sahaja di litar perlumbaan antarabangsa, tetapi Alhamdulillah, di kalangan pengguna-pengguna sendiri.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…