TTJ NAFI LITAR JOHOR KERJASAMA BERSAMA PETRONAS ?

oleh Firdaus Razani|
YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim baru-baru ini menafikan laporan dan khabar angin mengenai kerjasama antara Litar Pasir Gudang, Johor bersama beberapa syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris baru-baru ini.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by TTJ (@tunku_idris)

 

Menurut TTJ, baginda kini sedang menjalankan projek Litar Pasir Gudang itu untuk lapan tahun secara sulit dan menyatakan ada sesetengah pihak hanya mahu menumpang berita terkini dan kononnya mahu jadi penyelamat.

 

Tambah TTJ lagi, baginda mahu selesaikan pembangunan semula Litar Pasir Gudang dengan tenang dibawah bimbingan KDYMM Seri Paduka Baginda YDPA, Sultan Ibrahim dan DYAM Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail serta kerajaan Johor.

Menurut dari perkongsian Facebook The Royal Johor pada 2017, Baginda turut pernah menyatakan hasrat mahu membangunkan Litar Johor sebagai hab permotoran terunggul di Malaysia menjelang tahun 2020.

 

 

Berita mengenai pembangunan semula Litar Johor ini adalah dari khabar syarikat pengeluar petroleum nasional, Petronas yang mahu menjadi penaja besar untuk Johor Darul Takzim (JDT) Racing Team.

Portal Flash Sukan melaporkan, Prinsipal Pasukan JDT Racing Team, Steven Tan mengesahkan kerjasama itu bukan sahaja melibatkan jentera perlumbaan tetapi akan menjadi penajaan di skala yang lebih besar.

 

 

“Memang benar saya sudah membawa Petronas untuk menghadap Pemangku Sultan Johor dan semuanya baik serta pihak kami sedang dalam proses melengkapkan kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan daripada ahli lembaga pengarah mereka.

“Mereka berminat untuk menaja dan menjalin kerjasama dengan JDT Racing Team dan mereka juga kini sedar nilai pasukan ini terutama selepas melihat penglibatan Tunku Ismail secara langsung dalam projek ini yang boleh saya gambarkan sebagai impak jenama Tunku dan JDT itu sendiri,” katanya.

 

jdt

 

Tambah beliau, kerjasama tersebut turut melibatkan pembangunan semula Litar Pasir Gudang yang bakal menjadi hab permotoran serta pencarian bakat menerusi akademi JDT Racing Team.

Jika kerjasama bersama Petronas itu tercapai, rakyat Malaysia terutamanya peminat sukan permotoran dapat menyaksikan semula litar yang pernah menjadi hos bagi kejohanan Grand Prix Motosikal Malaysia pada tahun 1998.

 

jdt

 

Kali terakhir Litar Johor menganjurkan acara perlumbaan adalah untuk Kejuaraan Cub Prix Malaysia pada 2015 sebelum ditutup untuk pengubahsuaian sepenuhnya.

 

SUMBER : Vocket, Flash Sukan, IG tunku_idris , FB The Royal Johor

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang…
Berita Domestik
Ia merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan untuk memulihkan minat dalam STEM (Science, Technology…
Berita Domestik
"Myvi dipandu lelaki tempatan berusia 20-an di lorong kanan secara melawan arus. Ketika pelanggaran…