Carlos Ghosn sifatkan Nissan sudah jadi 'syarikat yang membosankan'

oleh Mohamad Hanif|
Dalam mempromosikan buku terbaharunya "Broken Alliances", bekas CEO Nissan Carlos Ghosn mengkritik bekas syarikatnya dengan menyatakan Nissan sudah menjadi sebuah syarikat yang membosankan.

Menurut laporan daripada Fox Business, Ghosn menyatakan ramai pihak di dalam Nissan tidak menyukai idea beliau untuk menjalinkan kolaborasi yang lebih hebat menerusi pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi.

Semenjak rakyat warganegara Lebanon itu ditangkap dan kini diburu, Ghosn menyifatkan Nissan kini semakin merudum.

"Nissan berjaya bangkit kembali pada tahun 1999, namun setelah 19 tahun ia sudah menjadi sebuah syarikat kereta yang membosankan, dan sukar untuk mencari tempat di dalam industri automotif.

"Kerajaan Jepun, dan sesetengah eksekutif Jepun menganggap keseimbangan yang wujud antara Perancis dan Jepun di dalam pakatan ini tidak akan dihormati," tambah beliau.

Ghosn ditahan buat kali pertama pada tahun 2018 atas tuduhan salah laku kewangan sementara bekas naib presiden eksekutif Nissan, Greg Kelly turut ditahan atas tuduhan gagal melaporkan salah laku Ghosn.

Sebelum beliau melarikan diri dari Jepun di dalam kotak simpanan alat muzik pada tahun 2019, Ghosn mendakwa beliau diletakkan dalam tahanan ketat tanpa dibenarkan bercakap dengan isteri dan keluarganya.

Tindakan beliau melarikan diri dipercayai dibuat selepas Ghosn mendapati beliau mempunyai sifar peluang untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.

Ghosn juga percaya tidak akan ada pemenang sebenar di dalam kes ini.

"Ia merupakan satu plot yang dirancang oleh sesetengah pihak, di mana  pada akhir hari anda akan dapati tiada pemenang. Jepun sudah hilang reputasinya. Perancis kalah. Nissan kalah, Renault kalah. Mitsubish kalah. Pemegang saham juga turut kalah.

Sumber: Fox Business

Berita Berkenaan

Berita Global
Veteran tentera U.S Army Special Forces Michale Taylor dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun…
Berita Global
Veteran Pasukan Khas Tentera Amerika Syarikat, Michael Taylor dan anaknya Peter berada di mahkamah…
Berita Global
Menurut laporan daripada Reuters, kes yang dimaksudkan ini memfokuskan kepada syarikat kerjasama…