Carro yang juga merupakan syarikat induk bagi myTukar juga telah melebihi sasaran keuntungan untuk S1 Tahun Kewangan 2024, meskipun suku tahun yang lebih lemah.
Margin Untung Kasar S1 TK2024 Carro meningkat kepada 14 peratus, jauh lebih awal daripada Margin Untung Kasar FY2023 sebanyak 9 peratus.

EBITDA kini berada pada kadar ‘run-rate’ tahunan melebihi USD50 juta (RM231 juta), lebih 10 kali ganda daripada apa yang telah dicapai untuk keseluruhan FY2023.
Dengan aliran tunai yang kuat tanpa kerugian operasi, Carro sebelum ini juga telah mengumumkan rancangan untuk memasuki Jepun dan beberapa pasaran lain.
Carro turut menjangkakan pertumbuhan pendapatan yang pesat dalam tempoh terdekat, di mana mereka antara salah satu syarikat permulaan teknologi yang menguntungkan, bukan sahaja di Asia, tetapi juga di peringkat global.