Carsome berminat untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi memperkukuh ekosistem TVET

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Salah satu syarikat e-perdagangan terbesar Asia Tenggara dan Malaysia, Carsome baru-baru ini telah menyambut kehadiran Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Tuan V. Sivakumar bertempat di ibu pejabatnya yang terletak di Petaling Jaya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan keupayaan teknologi, pembangunan bakat, inisiatif pengekalan, dan rancangan Carsome Academy untuk memartabatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), syarikat itu sedia untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi mengukuhkan ekosistem teknologi dan modal insan negara.

Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Tuan V. Sivakumar berkata, “Sebagai ‘Tech Unicorn’ pertama di Malaysia, pencapaian Carsome sangat membanggakan. Usaha mereka untuk mendigitalkan proses pembelian kenderaan di negara ini telah membawa kepada penciptaan pelbagai pekerjaan baharu dan peluang bisnes."

 

2

 

 

“Saya tertarik dengan cetusan idea Carsome, iaitu Carsome Academy,  yang memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang kepada belia negara kita untuk memperoleh kemahiran dalam sektor automotif. Usaha ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan untuk memartabatkan institusi TVET di Negara,"

Pengasas bersama Carsome dan Ketua Pegawai Eksekutif Carsome Academy, Jiun Ee Teoh berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan V. Sivakumar atas lawatan kerja ke Carsome."

"Kami sejajar dengan komitmen beliau ke arah memartabatkan ekosistem modal insan negara untuk menggerakkan pertumbuhan negara."

 

3

 

Selaras dengan itu, kami berharap untuk menyumbang pengetahuan, kepakaran dan pengalaman kami ke arah penciptaan pekerjaan dan peluang berkualiti tinggi yang akan mengukuhkan Malaysia terhadap daya tarikan kepada bakat bertaraf dunia.”

Carsome Academy telah ditubuhkan pada Januari 2021 sebagai institut teknikal pertama syarikat tersebut untuk menawarkan peluang kepada belia negara bagi mempelajari kemahiran teknikal dan meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Institut itu juga turut diiktiraf sebagai pusat latihan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang dan Pengarah…
Berita Domestik
"Carsome juga menjalankan pemeriksaan ke atas 489 unit kenderaan pada hari tersebut, jauh melebihi…
Berita Domestik
Dengan perjanjian bersama EBC termasuk myTukar, MUV dan CARSOME, Proton yakin ia merupakan langkah…