Carta 10 model paling laris di pasaran US

oleh Mohamad Hanif|
Berdasarkan data rekod penjualan kenderaan untuk tahun 2018 yang dikeluarkan oleh GoodCarBadCar, segmen trak pikap dan SUV masih lagi mendominasi pasaran di Amerika Syarikat. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, pujian harus diberikan kepada syarikat automotif yang tidak pernah kenal erti mengalah dengan terus memperkenalkan sedan seperti Toyota Corolla, Toyota Camry, dan Honda Civic. 

Malah, nama-nama model yang disebutkan ini berjaya memperoleh kedudukan dalam carta 10 kenderaan paling laris terjual di pasaran US. 

Mari kita semak senarai 10 buah kenderaan yang paling laku di kalangan warga US sepanjang tahun lalu (2018). 

 

10. Chevrolet Equinox (299,499 unit)


Resepi rekaan SUV yang kontemporari, moden dan menarik perhatian antara sebab kenapa rakyat di US gemarkan SUV ini sebagai kenderaan harian. 

 

9. Toyota Corolla (303,732 unit)


Baharu sahaja dilancarkan tahun lalu, namun model Corolla ini berjaya mencuri hati dan minat warga Amerika, sehingga berjaya menjadi antara model yang paling laris terjual.

 

8. Honda Civic (325,760 unit)


Antara kereta keluarga selain daripada Toyota yang banyak melata di jalanan. 

Jangan tidak tahu, model Civic di sana dilengkapi dengan ciri bantuan pemanduan seperti brek mitigasi pelanggaran, amaran pelanggaran hadapan, mitigasi penukaran laluan, amaran penukaran laluan, bantuan pengekalan laluan dan kawalan pelayaran adaptif. 

Menariknya, ciri di atas adalah standard untuk semua varian!

 

7. Toyota Camry (343,439 unit)


Antara model sedan Toyota yang paling laris terjual, namun disebabkan zaman kebangkitan crossover, Toyota juga terpaksa mencantas produksi Camry dalam masa yang terdekat.

 

6. Honda CR-V (379,021 unit)


Habis sudah generasi sedan, tempat keenam ini berjaya diduduki oleh Honda CR-V. 

 

5. Nissan Rogue (412,110 unit)


Maaf Honda CR-V, nampaknya crossover dari Nissan lebih popular. 

Lihat sahaja perbezaan unit terjual antara kedua-dua buah model ini. 

 

4. Toyota RAV4 (427,168 unit)


Model ini bersaing rapat dengan Nissan Rogue dari segi bilangan jualan di atas jalan raya, dan ianya sebuah Toyota. 

 

3. Chevrolet Silverado (531,158 unit)


Tiga kedudukan teratas ini mendefinisikan pasaran Amerika Syarikat yang sebenar. 

Trak pikap bersaiz penuh yang menjadi gaya hidup masa kini, dan Silverado membuktikannya di tempat ketiga. 

 

2. RAM (536,980 unit)


Bersaing rapat dengan Chevrolet, RAM tidak mahu mengalah dengan barisan trak pikap mereka.

Jumlah jualan diatas adalah termasuk varian heavy-duty yang ditawarkan seperti 2500 dan 3500.

 

1. Ford F-Series (909,330 unit)


Ford nampaknya menang selesa di dalam segmen trak pikap ini dengan perbezaan unit jualan yang begitu ketara mengalahkan pesaing-pesaingnya. 

Selama 42 tahun berturut-turut, Ford menjadi jenama paling laris di Amerika dan sememangnya layak untuk digelarkan 'trak pikap sejuta umat'.

Berita Berkenaan

Informasi
  "Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah meluluskan sebanyak 218 bas tambahan setakat 29 Mac…
Informasi
  Suasana di stesen bas itu juga dilihat meriah dengan orang ramai mula pulang ke kampung halaman…
Berita Domestik
  Mengikut laporan dari Harian Metro, jualan tiket bas terutama dari Lembah Klang ke Kelantan…