Oleh itu, Casio baharu sahaja mengeluarkan koleksi varian warna baharu pada jam tangan G-Shock baharu dengan warna monokromatik yang terang kepada barisan 2100.
G-SHOCK GMA-P2100 baharu menampilkan bezel oktagon dengan reka bentuk muka minimalisnya dan warna-warna terang serta profil tahan hentakan bersaiz lebih kecil yang mudah dipakai.
Sarung pada model jam tangan terbaharu ini dikecilkan sedikit kepada 2.7mm yang menjadikannya 94 peratus saiz konvensional model GMA-S2100.
Tambahan itu, tali jam itu juga telah dipendekkan kira-kira 10mm untuk memudahkan pengguna yang mempunyai pergelangan tangan yang lebih kecil untuk dipakai.
Jam tangan baharu ini dihasilkan dalam skema warna monokromatik yang terang iaitu biru turquoise, merah jambu terang dan putih monokrom.
Warna pada komponen seperti dail, tanda indeks serta jarum jam dan minit diberi warna yang sama pada skema warnanya tetapi diberi tona terang dan gelap untuk mudah dibaca.
Bahan yang digunakan untuk menghasilkan bezel dan tali jam adalah mengunakan resin yang berasaskan bio yang dikatakan dapat membantu untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Harga jualan untuk model G-SHOCK GMA-P2100 terbaharu ini adalah RM545.