Castrol lancar minyak pelincir Power1

oleh Mohamad Hanif|
Castrol Malaysia hari ini melancarkan Castrol POWER1 yang serba baru dengan empat pilihan terkini – kesemuanya diciptakan untuk menepati keperluan khusus motorsikal.

Hasil paduan teknologi yang telah diperbaharui dan spesifikasi produk yang telah dipertingkatkan, formulasi baru ini memperhebatkan lagi prestasi kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Empat pilihan baru yang diperkenalkan ialah

  • Castrol POWER1 Cruise 4T 15W-50 1L,
  • Castrol POWER1 Racing 4T 10W-40 1L,
  • Castrol POWER1 Scooter 4-AT 5W-40 1L
  • Castrol POWER1 Scooter 4-AT 10W-40 1L.

Selain itu dua pilihan sedia ada iaitu Castrol POWER1 4T 10W-40 1L dan Castrol POWER1 Racing 4T 10W-50 1L turut diperkenalkan semula dengan formulasi yang dipertingkatkan.

Berbanding dengan produk-produk pesaing, Castrol POWER1 dengan Power Release Technology™ mengoptimumkan geseran untuk memberikan peminat motorsikal pecutan yang lebih pantas dan hebat dalam setiap pulasan pendikit. 
 


Dalam ujian pecutan 5.2km 3-peringkat menggunakan enjin supersports 101kW 4-silinder, Castrol POWER 10W-40 baru adalah 6.6 saat lebih pantas berbanding pesaing 10W-40 dan 2.8 saat lebih pantas berbanding formulasi terdahulu.

Berucap di majlis pelancaran, Keow Mei-Shan, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia berkata, “Kami sentiasa berkembang untuk sejajar dengan keperluan pengguna. Castrol POWER1 baru merupakan hasil daripada inisiatif ini.

"Yang paling utama adalah fokus kami untuk terus menawarkan yang terbaik – sama ada rangkaian serba baru atau penambahbaikan formula, ia dijana menerusi bertahun-tahun pengalaman serta
penyelidikan yang menyeluruh.”

"Jika Castrol POWER1 menawarkan pecutan hebat dalam setiap pulasan pendikit, Castrol POWER1 SCOOTER baru dengan Scootek Technology™ pula menawarkan pecutan hebat dengan setiap sentuhan pada pendikit. 
 


Selain itu, Castrol POWER1 CRUISE dengan Power Sustain Technology™ berupaya mengendalikan haba dan geseren dalam motorsikal berkuasa tinggi, memberikan tenaga berterusan ketika penunggangan jarak jauh.

Sebagai penaja pasukan Castrol LCR Honda dan bersempena dengan MotoGP, Castrol turut mengumumkan Castrol POWER1 RACING dengan Race Derived Technology™ baru yang terbukti mampu mengekalkan kekuatan dan memberikan pecutan dalam keadaan trek perlumbaan.

Dikuasakan oleh Castrol POWER1, Stefan Bradl yang telah menggantikan Cal Crutchlow yang tercedera, berjaya menghangatkan Sepang dalam perlumbaan 20 pusingan yang sangat mendebarkan.

Memahami kepentingan kelancaran pecutan terhadap para penuggang, rangkaian Castrol POWER1 baru disediakan untuk memberikan prestasi terbaik yang berterusan kepada penunggang pelbagai jenis motorsikal yang berdepan dengan cabaran keadaan trafik yang sentiasa berubah

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pasukan teratas yang dianggotai oleh Saravanan A/L Sivarau, Tee Kok Jing dan Sivananthan A/L…
Berita Domestik
Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing disandang oleh kumpulan mekanik daripada Wilayah Selatan…
Informasi
  Menurut Keow Mei-Shan, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura, “Di Castrol, kami…