Castrol lancar program kesedaran keselamatan jalan raya kepada penunggang muda

oleh Penyumbang Rencana|
Castrol Malaysia melancarkan program “Kembali ke Sekolah Castrol”, bertujuan untuk memupuk kesedaran mengenai keselamatan jalan raya di kalangan penunggang motosikal muda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan kerjasama MotoWazi serta sokongan oleh Kementerian Pendidikan, program “Kembali ke Sekolah Castrol” itu direka khusus untuk para pelajar sekolah menengah berusia 16 dan 17 tahun yang baru mendapat lesen motosikal mereka.

Program yang dianjurkan ini merangkumi sesi keselamatan jalan raya secara teori dan amali yang dijalankan di kawasan sekolah semasa waktu persekolahan biasa berlangsung.

 

2

 

Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura, Keow Mei-shan berkata “Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Menerusi program ‘Kembali ke Sekolah Castrol’ ini, Castrol menyasar untuk memupuk budaya keselamatan di kalangan penunggang motosikal muda, menekankan bahawa perlindungan bermula dengan membuat pilihan yang tepat, termasuk memilih pelincir Castrol untuk motosikal mereka.”

“Kami ingin melengkapkan penunggang motosikal muda dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlukan untuk kekal selamat di jalan raya.”
 
Melalui program itu juga, Wazi Abdul Hamid, jurulatih keselamatan motosikal dan pakar keselamatan jalan raya, akan mengadakan sesi teori untuk memastikan bahawa para pelajar mendapat maklumat yang berharga mengenai amalan keselamatan dan peraturan jalan raya.

 

3


 
Dengan kerjasama Pasukan MotoWazi dan Castrol, program ini berpotensi untuk memberi kesan positif ke atas penunggang muda.

“Kami teruja kerana dapat bekerjasama dengan Castrol dalam menjayakan inisiatif ini. Matlamat kami ialah untuk memperkasakan penunggang motosikal muda dengan ilmu pengetahuan dan kesedaran yang mereka perlukan bagi melindungi diri mereka sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” kata Wazi.

Fasa pertama program “Kembali ke Sekolah Castrol” akan dilancarkan di sepuluh sekolah di sekitar Lembah Klang dari September hingga Oktober 2023.

 

4

 

Castrol merancang untuk mengembangkan jangkauan program itu ke lima puluh sekolah di seluruh negara pada 2024, dengan matlamat untuk mewujudkan persekitaran jalan raya yang selamat untuk semua rakyat Malaysia.

Program “Kembali ke Sekolah Castrol” membuktikan komitmen Castrol terhadap keselamatan.

Menerusi inisiatif ini, Castrol bukan sahaja berusaha mengaitkan jenama itu dengan keselamatan jalan raya tetapi turut memupuk budaya perlindungan, menjadikan pengguna “Ingat perlindungan, ingat Castrol” apabila berbicara tentang keselamatan jalan raya.

 

5

 

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa satu daripada tiga korban jalan raya di Asia Tenggara adalah melibatkan penunggang motosikal.

Antara tahun 2010 dan 2019, Indeks Kematian Jalan Raya Malaysia sahaja merekodkan 59% dari korban jalan raya adalah melibatkan penunggang motosikal.

Ini jelas menunjukkan keperluan untuk mewujudkan inisiatif keselamatan jalan yang lebih mantap bermula dengan pendidikan dan pemerkasaan.

 

Penulis: Firdaus Razani

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bertemakan “Meraikan Mekanik Malaysia”, kempen tahun ini diadakan bagi menghargai dan meningkatkan…
Berita Domestik
Kedua-dua syarikat itu menyasarkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di dalam negara ini…