CEO UMW meninggal dunia akibat serangan sakit jantung

oleh SALINA JALIL|
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UMW Holdings Bhd, Badrul Feisal Abdul Rahim meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di KPJ Ampang Puteri, semalam.


Jurucakap UMW berkata, Allahyarham berusia 50 tahun dan meninggal dunia jam 7.54 malam tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Difahamkan, jenazah Allahyarham yang dilahirkan pada 6 Julai 1969 sudah dibawa pulang ke kediaman dan akan dikebumikan hari ini.

 

Katanya, Allahyarham adalah seorang ketua yang tidak pernah lekang dengan senyuman dan sentiasa menjaga kebajikan pekerjanya.

 

Badrul dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW pada 1 Oktober 2015.

 

Mula menyertai UMW sebagai Pengurus Besar Kanan di Pejabat Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada Disember 2010 dan dilantik sebagai Pemangku Pengarah Eksekutif bagi Bahagian Minyak & Gas UMW dari April 2011 hingga Disember 2011.

 

Beliau juga pernah menjadi Pengarah Eksekutif Bahagian Pembangunan Korporat Kumpulan sebelum dilantik sebagai Ketua Operasi Kumpulan UMW pada Januari 2013.

 

Badrul terbabit dalam pengurusan kanan dan pengarah di beberapa organisasi seperti Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), PROTON, LOTUS dan Kumpulan syarikat DRB-HICOM.

 

Salam takziah dari kami di Careta, semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman hendakNya. Aamiin.

 

 

 

BH

 

Berita Berkenaan

Berita Global
CEO Ford, Jim Farley dalam satu ciapan menyebut: "Peter merupakan seorang pemimpin reka bentuk yang…
Berita Global
Toyoda yang merupakan anak kepada pengasas Toyota Motor Corp dan bapa kepada Akio Toyoda menyertai…
Berita Global
Sepanjang kerjayanya, Materazzi telah menyertai pembangunan beberapa buah model ikonik daripada…