Cermin sisi bergegar ketika tunggangan - Ducati panggil balik Supersport 2017-2019

oleh Mohamad Hanif|
Masalah cermin sisi bergegar sehingga menyukarkan pandangan ketika menunggang motosikal mungkin kedengaran agak normal, apatah lagi ia sebenarnya merupakan fenomena yang biasa kita alami.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Akan tetapi, bagi pemilik Ducati Supersport tahun buatan 2017 sehingga 2019, ia merupakan satu isu sehinggakan Ducati terpaksa memanggil kembali unit yang terjejas. 

Sebab utama kempen panggil semula ini dijalankan adalah kerana gegaran yang dialami mampu mengakibatkan gangguan pada pandangan cermin sisi - satu perkara yang biasa dihadapi oleh penunggang motosikal kebanyakan.

Sebanyak 1,676 unit Ducati Supersport dipanggil semula di US dan di Kanada; dan Ducati akan menggantikan cermin sisi tersebut secara percuma tanpa menerangkan sebab musabab disebalik gegaran yang berlaku. 
 


Kempen panggil semula tersebut akan dimulakan pada Januari 2019.

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…