Cetus risiko kebakaran - Kia, Hyundai panggil balik 92,000 kenderaan di AS

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Syarikat Hyundai Motor dan Kia Korea Selatan menarik balik hampir 92,000 kenderaan di Amerika Syarikat (AS) berikutan isu risiko kebakaran.

Penarikan balik itu menjejaskan beberapa model ekoran isu dengan komponen elektrik dalam pam minyak penghantaran yang dikhuatiri menjadi terlalu panas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lapor BBC, syarikat itu menasihatkan pemilik untuk meletak kenderaan mereka di luar dan jauh dari bangunan sehingga siap diperiksa.

Insiden itu merupakan yang terbaharu dalam siri penarikan balik berkaitan kebakaran kenderaan Hyundai dan Kia sejak beberapa tahun lalu.

Berhubung penarikan semula itu, Kia berkata, pihaknya menarik balik 40,000 kenderaan dari model terbaharu Soul, Sportage dan Seltos berikutan terdapat enam laporan mengenai insiden haba tetapi tidak melibatkan kemalangan atau kecederaan.

Hyundai menarik balik 52,000 kenderaan daripada model terbaharu Elantras, Sonatas, Tucsons, Konas serta Palisades dan turut memaklumkan mempunyai empat laporan serupa namun tiada kemalangan, kecederaan atau kematian direkodkan akibat isu itu.

Menurut Hyundai, selain risiko kebakaran, kerosakan haba boleh mencetuskan litar pintas yang menjejaskan pengawal kenderaan lain.

“Pemilik dinasihatkan untuk meletak kenderaan di luar dan jauh dari struktur sehingga pembaikan penarikan semula selesai.

“Pengawal elektronik untuk pemasangan pam minyak mungkin mengandungi komponen elektrik yang rosak dan boleh menyebabkan pam menjadi terlalu panas,” kata Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) AS.

Pemilik kenderaan dilaporkan akan dihubungi pada akhir September dan peniaga akan memeriksa serta menggantikan pengawal pam minyak elektrik jika perlu.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), modul…
Berita Global
  Pembuat kenderaan Korea itu mengatakan bahawa penarikan itu meliputi beberapa model seperti di…
Berita Global
Masalah ini dikatakan berpunca daripada keterdapatan bahan cemar asing yang mungkin telah dimeterai…