Recall: Berisiko terbakar, Hyundai dan Kia panggil semula lebih 3.4 juta unit kenderaan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Dua jenama pengeluar kenderaan Korea, Hyundai dan Kia diberitakan telah memanggil semula hampir 3.4 juta unit kenderaan di US kerana risiko kebakaran di bahagian enjin, di mana syarikat itu turut menasihatkan pemiliknya untuk meletakkan kereta di luar.

Menurut dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), modul kawalan brek anti kunci (ABS) pada model terlibat berisiko bocorkan bendalir dan menyebabkan pintasan elektrik, sekaligus boleh menyebabkan kebakaran semasa kenderaan diparkir atau dipandu.

Para pemilik akan mula menerima surat pemberitahuan untuk membawa kenderaan mereka ke pengedar terdekat, di mana fius pada sistem ABS akan digantikan tanpa sebarang kos.

Sebelum ini juga, Hyundai melaporkan kebakaran melibatkan 21 unit kenderaan yang terjejas akibat isu tersebut di US, serta 22 unit lagi dilapor mengalami insiden haba.

 

2

 

Kia turut melaporkan kes serupa, di mana ia melibatkan 10 unit kenderaan terjejas yang terbakar.

Menurut syarikat itu juga, kebocoran pada sistem ABS berpunca dari kerosakan O-ring pada motor, dan tindakan menukar fius itu bagi mengehadkan arus operasi modul ABS.

Antara model yang terlibat dengan isu tersebut untuk model Kia ialah Borrego, Cadenza, Forte, Sportage, Optima Hybrid, Soul, Rio, Sorento dan Rondo.

Manakala model Hyundai pula melibatkan Elantra, Genesis Coupe, Sonata Hybrid, Accent, Azera, Veloster, Elantra Coupe, Santa Fe, Equus, Veracruz, Tucson, Tucson Fuel Cell dan Santa Fe Sport.

 

3

 

NHTSA kini sedang menyiasat 3 juta kenderaan yang dibuat oleh Kia dan Hyundai dari tahun 2011 hingga 2016.

Menurut NHTSA juga, mereka telah menerima 161 aduan kebakaran enjin, di mana beberapa daripadanya melibatkan dalam kenderaan yang telah dipanggil semula.

Pada Jun 2018, NHTSA telah menerima daripada lebih daripada 3,100 aduan kebakaran, dimana ia melibatkan 103 kecederaan dan satu kematian.

Hyundai dan Kia juga pernah didenda oleh NHTSA pada tahun 2020 akibat tindakan yang terlalu perlahan untuk memanggil semula kenderaan yang terjejas dengan isu kegagalan enjin.

 

Artikel asal: apnews

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaan Aerodinamik & Chassis Baharu Model ini diasaskan dari Ioniq 6 facelift terbaru, tetapi…
Berita Domestik
Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan produk, malah ia menandakan langkah serius Hyundai…
Berita Global
Secara keseluruhan, Lexus kekal di takhta teratas dengan 166 PP100, sekaligus mencatatkan skor…