Chery bakal pasang model Omoda, Jaecoo di Malaysia - termasuk model EV!

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lepas, Careta telah diterbangkan ke Wuhu, China untuk menghadiri acara Chery International User Summit 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain berpeluang melihat dengan lebih dekat beberapa buah model yang dijangka akan masuk Malaysia bermula tahun depan, kami juga sempat mengorek beberapa perancangan Chery untuk pasaran tempatan.

Menurut presiden Chery Malaysia merangkap naib presiden Chery International, Shawn Xu ketika ditemubual mengesahkan beberapa sub-jenama baharu akan dibawa masuk dalam masa terdekat, iaitu Jaecoo, Exeed dan juga Exlantix, selain daripada jenama Omoda dan Tiggo sedia ada.
 

chery


Untuk itu, pihak Chery perlu meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran sedia ada (15,000 unit setahun) yang kini diperuntukkan untuk model Omoda 5 dan juga Tiggo 8 Pro.

Difahamkan, jualan Chery Omoda 5 merangkumi 70-80 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan jenama itu.

Namun, disebabkan oleh kadar produksi semasa hanyalah sekitar enam unit kenderaan per jam, ia mengakibatkan tempoh menunggu bagi kedua-dua model tersebut mencecah lebih tiga bulan.
 

EV


Buat masa ini, pihak Chery sedang mengkaji pendekatan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran supaya ia dapat menampung pengeluaran model-model baharu yang bakal ditambah kelak.

Bukan itu sahaja, Chery juga sedang dalam usaha untuk meningkatkan lagi peratusan kandungan tempatan bagi model pengeluarannya daripada 30 kepada 40 peratus pada tahun depan.
 

jaecoo


Shawn Xu juga turut memberikan bayangan di mana pihak Chery berkemungkinan besar akan mempertimbangkan untuk mendirikan sebuah fasiliti pengeluaran khusus yang lebih besar kapasitinya di Malaysia, dan disokong oleh pelaburan daripada Chery International.

Seperti yang kami pernah laporkan sebelum ini, Chery Malaysia bakal membawa masuk model elektrik Chery Omoda 5 EV pada tahun hadapan, di mana ia bakal menjadi model pemasangan tempatan (CKD) bersama-sama dengan model-model lain (Jaecoo 7 dan Jaecoo 8).
 

Ex


Selain daripada Chery Omoda 5 EV, operasi CKD juga akan diperluaskan kepada model-model EV lain, salah satu daripadanya merupakan jenama baharu Exlantix yang dijangka tiba di Malaysia pada tahun 2025.

Baca: Chery bakal lancar empat model baharu tahun depan

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Mengenai spesifikasi, TIGGO 7 PRO dinadikan dengan enjin 1.6L turbo yang menghasilkan kuasa output…
Berita Domestik
Pusat pameran tersebut Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota…
Berita Domestik
Pelanggan turut berpeluang menikmati pakej eksklusif yang bernilai sehingga RM11,000 sekiranya…