CHERY BUKA PUSAT PAMERAN BAHARU DI KOTA KINABALU

oleh Firdaus Razani|
Chery Malaysia memperkenalkan pusat pameran dan pusat servis Chery baharu di Sabah, yang dimiliki dan dioperasikan oleh rakan-pengedar Universal Chery Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pusat pameran tersebut Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

 

CHERY

 

Ia meliputi keluasan sehingga 1,400 meter persegi, menawarkan pengalaman komprehensif dalam melihat kenderaan, perkhidmatan pelanggan, dan penyelenggaraan.

Pusat servis terbaharu ini mempunyai 8 ruang servis yang diuruskan oleh juruteknik terlatih Chery, dan mampu menyelenggara sehingga 830 kenderaan pada setiap bulan.

 

chery

 

Naib Presiden Chery Malaysia, Lee Wen Hsiang berkata "Dengan pembukaan pusat pameran dan servis di Kota Kinabalu, ini seterusnya menunjukkan komitmen kami di Chery Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan yang luar biasa dan kemudahan kepada pelanggan kami di Sabah.”

 

Waktu operasi pusat pameran Chery Kota Kinabalu terbaharu ini beroperasi pada waktu seperti berikut ;

  • Isnin hingga Jumaat : 8.30 pagi - 6 petang
  • Sabtu : 8.30 pagi - 4 petang
  • Ahad dan Cuti Umum : 10 pagi - 3 petang

 

Manakala, untuk pusat servis, ia beroperasi seperti waktu berikut ;

  • Isnin hingga Jumaat : 8 pagi - 5 petang
  • Sabtu : 8 pagi - 3 petang
  • Ahad dan Cuti Umum : Tutup

 

Chery Kota Kinabalu bawah pengendalian Universal Chery Sdn Bhd adalah salah satu daripada 40 wakil pengedar Chery di seluruh negara.

 

chery

 

Lawati Chery Kota Kinabalu untuk melihat rangkaian kenderaan Chery dari OMODA 5 ke TIGGO 8 PRO dan dari 22 Mac 2024 untuk melihat OMODA E5, EV pertama Chery.

Untuk senarai terkini pengedar jualan Chery di Malaysia, sila layari https://www.chery.my/dealer-locator

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Mengenai spesifikasi, TIGGO 7 PRO dinadikan dengan enjin 1.6L turbo yang menghasilkan kuasa output…
Berita Domestik
Pelanggan turut berpeluang menikmati pakej eksklusif yang bernilai sehingga RM11,000 sekiranya…
Berita Domestik
Melalui kempen ini, pelanggan setia Chery berpeluang mendapat tambahan RM3000 di atas harga tawaran…