CHERY MALAYSIA ANJURKAN TAWARAN TRADE-IN MODEL CHERY LAMA KE MODEL CHERY BAHARU

oleh Firdaus Razani|
Berita baik kepada pemilik kenderaan Chery, Chery Malaysia baru-baru ini melancarkan ‘Kempen Tukar Beli Chery ke Chery’, yang memberi peluang kepada pemilik kenderaan Chery untuk menukar ke kenderaan Chery yang terbaru
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melalui kempen ini, pelanggan setia Chery berpeluang mendapat tambahan RM3000 di atas harga tawaran tukar beli daripada Chery Malaysia untuk membeli kenderaan Chery baharu.

Inisiatif ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pemilikan bagi peminat Chery melalui proses tukar beli yang dipermudahkan dan insentif eksklusif untuk kesetiaan jenama mereka.

Tambahan itu, kempen ini menawarkan peluang kepada pemilik Chery untuk menaiktaraf kepada model terbaru yang mempunyai ciri-ciri teknologi terkini untuk meningkatkan pengalaman memandu kenderaan Chery.

 

chery

 

Dengan komitmen kepada inovasi moden, kelestarian, dan reka bentuk masa depan, Chery berazam untuk menyediakan pelanggannya dengan kemajuan terkini dalam teknologi automotif.

Pemilik kenderaan Chery boleh mengunjungi mana-mana pusat pameran Chery di seluruh negara bermula 9 Februari 2024 untuk menyertai Kempen Tukar Beli Chery ke Chery tersebut.

 

chery

 

Chery Malaysia turut akan meraikan Tahun Baru Cina di semua pusat pamerannya di seluruh negara dari 9 Februari hingga 24 Februari.

Selain menyertai sesi pandu uji, orang ramai turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti seperti menulis kaligrafi Cina, dan mempelajari seni pemotongan kertas tradisional Cina serta pelbagai aktiviti menarik.

 

chery

 

Chery Malaysia kini menawarkan Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro dan akan datang pada Mac tahun ini sebuah SUV elektrik penuh akan dilancarkan iaitu Omoda E5.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Mengenai spesifikasi, TIGGO 7 PRO dinadikan dengan enjin 1.6L turbo yang menghasilkan kuasa output…
Berita Domestik
Pusat pameran tersebut Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota…
Berita Domestik
Pelanggan turut berpeluang menikmati pakej eksklusif yang bernilai sehingga RM11,000 sekiranya…