Chery kembali dengan model Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro, pelancaran Julai ini

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Berita mengenai kedatangan semula jenama pengeluar kereta China, Chery ke pasaran Malaysia tidak lagi mengejutkan setelah jenama itu yakin untuk kembali bersama dua model serba baharu, iaitu Omoda 5 dan Tiggo 8 pro.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Bakal dilancarkan pada bulan Julai ini, Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro dilihat bakal menyertai saingan SUV dalam segmen B dan segmen D yang kini dilihat semakin menjadi pilihan pembeli di Malaysia.

Berikut merupakan beberapa spesifikasi ringkas dua model SUV baharu dari Chery:

 

Omoda 5

omoda 5

 

  • 2 varian - Comfort dan Honourable
  • Rekaan futuristik dan agresif
  • Menjadi SUV segmen B, Omoda 5 memiliki dimensi 4,400mm panjang, 1,830mm lebar, 1,585mm tinggi dan jarak roda 2,630mm
  • Menampilkan lampu DRL di atas dan lampu utama di bumper hadapan, bersama jeriji berbentuk berlian
  • Enjin 1.5 liter turbo 4 silinder
  • Transmisi CVT 9 kelajuan
  • 156 PS dan 230 Nm
  • 2 mod pemanduan - Eco dan Sport
  • Skrin infotainment dan kluster instrumen digital menjadikan gabungan bersaiz 20 inci
  • Fungsi Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar
  • Sistem bunyi dengan pembesar suara Sony (varian Honourable)
  • Tempat duduk semi-bucket (fungsi ventilated untuk varian Honourable)
  • Dilengkapi ciri sistem ADAS

 

2

 

 

Tiggo 8 Pro

tiggo 8

 

  • Varian tunggal
  • Spesifikasi yang sama seperti varian Tiggo 8 Pro Max yang dilancarkan untuk pasaran China
  • Rekaan yang lebih matang dan kemas
  • Menjadi SUV segmen D, Tiggo 8 Pro memiliki dimensi 4,722mm panjang, 1,860mm lebar, 1,705mm tinggi dan 2,710mm jarak roda
  • Tiga baris tempat duduk
  • Menampilkan rekaan jeriji 'galaksi' baharu
  • Enjin TGDI 2.0 liter turbo 4 silinder
  • Transmisi dwi klac (DCT) 7 kelajuan
  • 256 PS dan 390 Nm
  • 3 mod pemanduan - Eco, Normal dan Sport
  • Skrin infotainment dan kluster instrumen digital menjadikan gabungan bersaiz 24.6 inci
  • Fungsi Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar
  • Sistem bunyi Burmester bersama 8 pembesar suara Sony
  • Dilengkapi ciri sistem ADAS

 

2

 

Melalui spesifikasi yang dibawakan, dua model SUV baharu dari Chery itu pastinya bakal memberi saingan sengit kepada seteru dalam segmen masing-masing.

Nantikan pelancaran rasminya pada bulan Julai ini.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Trend terkini juga menunjukkan segmen SUV yang semakin rancak dengan pelancaran pelbagai model dari…
Berita Domestik
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil keputusan untuk…
Berita Domestik
Semasa lawatan ke Malaysia baru-baru ini, Zhang Guibing, Presiden Chery International, mengesahkan…