Chery lancar Tiggo 9 PHEV - 1,400km dengan setangki petrol!

oleh HEZERI SAMSURI|
Chery semalam melancarkan SUV mewah mereka di pameran Auto China 2024 di Beijing.

Dari segi saiz, ia lebih besar dari Tiggo 8, menghampiri kepada saiz Kia Sorento dan Hyundai Santa Fe.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rekabentuk gril bertemakan bintang dan planet Zuhal beserta "cincinnya" sementara roda aloi bersaiz 20-inci dengan corak multi-spoke menampakkan kemewahan pada SUV China ini.

Bahagian dalam lebih ringkas, dengan warna-warna pastel lembut serta skrin sesentuh utama bersaiz 15.6 inci lengkap dengan paparan 2.5K HD.

SUV tujuh tempat duduk itu didatangkan dengan enjin 2.0L turbo dengan transmisi 8-kelajuan serta motor elektrik 3DHT dari Chery sendiri.

 

 

Enjin petrol itu menghasilkan 235hp dan 385 Nm sementara motor elektrik itu sendiri mampu menghamburkan tambahan 211 hp.

Tiggo 9 ini memberikan jarak gerak melebihi dari 1,400 km dari setangki petrol, dengan kiraan penggunaan bahan api dari serendah 5.2L/100km (WLTC).

SUV mewah ini akan dijual dengan varian enjin petrol biasa tanpa hibrid bermula pada suku keempat tahun 2024.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…
Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…
Berita Domestik
Chery Dari apa yang kami fahami, Chery ialah jenama utama dan ia direka untuk pasaran umum.…