Kenapa Chery punya banyak jenama? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Sesi lawatan Careta ke ibu pejabat Chery di Wuhu, China membuktikan satu perkara - Chery mempunyai banyak "sub-brands" atau jenama-jenama kecil di bawah payungnya.

Contohnya, BMW mempunyai Mini dan Motorrad sementara Mercedes-Benz dahulu mempunyai Smart.

Chery sebenarnya mempunyai beberapa jenama dan antaranya ialah Chery, Omoda, Jaecoo, Exceed dan sebagainya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Chery

  • Dari apa yang kami fahami, Chery ialah jenama utama dan ia direka untuk pasaran umum.
  • Rekabentuknya lebih ringkas dan bersahaja.
  • Contoh terbaik ialah SUV popular mereka, Tiggo.

Omoda

  • Di Malaysia, Omoda dilihat sebagai sebuah Chery tetapi sebenarnya, Omoda ialah jenamanya tersendiri dan ia lebih hampir kepada satu lagi jenama Chery, Jaecoo.
  • Omoda menghasilkan produk-produk yang lebih bergaya dan untuk mereka yang berjiwa muda.
  • Mungkin kerana itu bentuk Omoda 5 di Malaysia cukup berbeza dengan SUV Tiggo yang lebih bersahaja dan mudah dihadam.

Jaecoo

  • Ini ialah jenama premium yang akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia.
  • Jaecoo akan mempunyai rangkaian pengedarnya sendiri dengan pusat jualan peringkat 3S sebagai tahap minimum.
  • Ia juga tidak akan berkongsi fasiliti dengan Chery.
  • Jenama ini berteraskan SUV yang mampu dipandu di kawasan offroad ringan.
  • Ini akan menjadi jenama premium pertama dari China dan kerana itu ramai yang mahu melihat perkembangan Jaecoo di Malaysia.

Exeed

  • Ini ialah satu jenama Chery yang juga dalam kategori mewah dan buat masa sekarang, khusus untuk pasaran Rusia.
  • Namun begitu, ada perancangan untuk membawa masuk satu model Exeed tetapi dijenamakan semula menggunakan nama Omoda.

Chery dan Jaecoo Malaysia nampaknya cukup serius dengan pelaburan mereka di Malaysia. Ini jelas kelihatan dari tenaga pakar yang digunakan untuk mengetuai jenama-jenama ini di Malaysia di mana kebanyakan mereka pernah bekerja dengan jenama-jenama premium Jerman.

Apa pendapat anda? 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…
Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…
Berita Global
"Kami sedang mengusahakan generasi kelima untuk model sedan yang menggunakan tenaga hidrogen.…