Chery Malaysia bakal lancar 4 model mulai tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Careta kini sedang berada di Wuhu, China untuk menghadiri acara Chery International Owner Summit 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat berita baik bagi mereka yang menantikan kehadiran model-model terbaharu jenama China itu di mana Chery Malaysia mengesahkan  mereka bakal melancarkan beberapa buah model baharu menjelang tahun hadapan.

Antaranya ialah:
 

Chery Omoda E5 (2024)

Omoda5


Dimensi: 4,400 x 1,830 x 1,588 mm
Jarak antara roda: 2,630 mm
Trenkuasa: motor elektrik tunggal, FWD
Kuasa: 201 hp, 340 Nm
Pecutan 0-100 kmsj: 7.8 saat
Jarak gerak: 450 km
Kelajuan tertinggi: 170 km/j
Keselamatan: 6 beg udara, ADAS Tahap 2.5
Ciri lain: skrin berkembar 12.3 inci, Apple CarPlay/Android Auto, 8 pembesar suara, sokongan V2L (vehicle-to-load)

 

 

Jaecoo 7

J7


Dimensi: 4,500 x 1,865 x 1,680 mm
Jarak antara roda: 2,650 mm
Trenkuasa: enjin 1.6L turbo (inline-4)
Kuasa: 183 hp, 275 Nm
Transmisi: klac berkembar tujuh nisbah kelajuan
Kelajuan tertinggi: 210 km/j
Keselamatan: beg udara, amaran pra pelanggaran, kawalan jelajah, fungsi ADAS L2.5+
Ciri lain: skrin tengah 14.8 inci, enam pembesar suara, sokongan arahan suara, bumbung panorama, sistem pendingin hawa dua zon automatik

 

 

Jaecoo 8

J8


Dimensi: 4,815 x 1,924 x 1,710 mm
Jarak antara roda: 2,800 mm
Trenkuasa: enjin 2.0L turbo (inline-4)
Kuasa: 245 hp, 385 Nm
Transmisi: klac berkembar tujuh nisbah kelajuan
Kelajuan tertinggi: 200 km/j
Keselamatan: 10 beg udara, ADAS, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), sistem pemantauan keadaan pemandu (DMS), brek kecemasan autonomi (AEB)
Ciri lain: skrin infohibur 12.3 inci, 14 pembesar suara, upholsteri kulit, bumbung kaca panorama, tempat duduk larasan elektrik

 

 

Exeed RX

EX


Dimensi: 4,775 x 1,920 x 1,617 mm
Jarak antara roda: 2,800 mm
Trenkuasa: enjin 2.0L turbo (inline-4)
Kuasa: 245 hp, 385 Nm
Transmisi: DCT tujuh nisbah kelajuan
Kelajuan tertinggi: 200 km/j
Keselamatan: 8 beg udara, TPMS, AEB, ESP, kawalan jelajah, lampu utama automatik, Auto Hold
Ciri lain: Skrin infohibur 12.3 inci, sistem pembesar suara Sony, USB-C, tempat duduk larasan elektrik, roda stereng balutan kulit, bumbung suria panorama


 

 


Untuk makluman, Jaecoo merupakan jenama yang digunakan oleh Chery untuk pasaran luar negara.

Di pasaran China, Jaecoo 7 lebih dikenali dengan nama Tansuo 06, sementara Jaecoo 8 pula dirujuk sebagai Chery Tiggo 9.

Exeed RX pula lebih dikenali dengan nama Omoda 9.

Antara model yang sedang dipertimbangkan oleh Chery Malaysia ialah sedan segmen D Arrizo 8 yang telah dilancarkan di China pada tahun lepas.
 

Arr


Arrizo 8 membawakan dua pilihan enjin, iaitu nadi 1.6L turbo (194 hp, 290 Nm) atau enjin 2.0L turbo (250 hp, 390 Nm), dipadankan dengan transmisi DCT tujuh kelajuan.

Buat masa sekarang, Arrizo 8 masih lagi di dalam perancangan, dan berkemungkinan besar akan masuk selepas pelancaran empat model yang disebutkan di atas.

 

 

 

Ada sebuah jenama EV yang menarik perhatian kami iaitu Exlantix ET. 
 

Exlantix


Ia merupakan sebuah SUV dengan jarak gerak boleh cecah 500 hingga 700 km, pecutan 0-100 km/j dalam masa 3 saat, serta menyokong pengecasan pantas (5 minit boleh tambah jarak 150 km).

Antara ciri unik yang wujud pada SUV ini ialah kehadiran panel LED yang boleh dikustom dengan pelbagai paparan grafik, serta lampu membelok yang boleh dipancarkan ke atas jalan raya.
 

 

Kami difahamkan kesemua empat model di atas (Omoda E5, Jaecoo 7, Jaecoo 8, Exeed RX) akan muncul secara rasmi bermula tahun hadapan, di mana terdapat perancangan untuk memulakan program pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.

Selain daripada model-model berenjin pembakaran dalaman, terdapat perancangan untuk memasang model-model EV di Malaysia!

Dengan adanya perancangan EV CKD, sudah pasti Chery Malaysia kelak mampu menawarkan harga jualan yang lebih kompetitif, spesifikasi yang lebih menyeluruh dan lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Mengenai spesifikasi, TIGGO 7 PRO dinadikan dengan enjin 1.6L turbo yang menghasilkan kuasa output…
Berita Domestik
Pusat pameran tersebut Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota…
Berita Domestik
Pelanggan turut berpeluang menikmati pakej eksklusif yang bernilai sehingga RM11,000 sekiranya…