CHERY MALAYSIA UMUM PELAN PERANCANGAN UNTUK TAHUN 2024

oleh Firdaus Razani|
Selepas pengenalan yang berjaya pada pertengahan tahun 2023, Chery Auto Malaysia bersedia untuk mengukuhkan kehadirannya dan menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih baik untuk pengguna Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada tahun 2024, Chery Malaysia mengumumkan rancangan bercita-cita tinggi dalam memperluaskan wakil-jualan serta memperkenalkan produk-produk Chery baru untuk pasaran Malaysia.

Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang, berkata bahawa Chery Auto Malaysia mencapai lebih daripada 4,500 unit dalam penghantaran kenderaan kepada pelanggan pada tahun 2023.

 

chery

 

"Ini adalah tahun yang menarik bagi Chery, dari hari kami melancarkan produk kami pada bulan Julai sehingga menghantar kenderaan kami kepada pelanggan kami dua bulan kemudian pada bulan September," kata Lee.

Menurut beliau, Chery telah menjalankan kajian kepuasan jualan dari lebih daripada 1000 pelanggan yang memberikan penilaian sangat tinggi, iaitu 94 daripada 100.

Pada tahun 2024, Chery Malaysia akan menekankan dedikasi jenamanya terhadap penambahbaikan berterusan dan kepuasan pelanggan.

 

chery

 

Menurut Pengarah Pembangunan Rangkaian Chery Auto Malaysia, Soon Boon Ping, Chery Makaysia kini mempunyai 32 cawangan yang beroperasi di seluruh negara dengan 550 kakitangan.

Beliau turut berharap untuk mempunyai sekurang-kurangnya 48 cawangan yang beroperasi dan ini juga akan menyumbang kepada peningkatan 70 peratus dalam pusat 3S dan 4S pada akhir tahun ini.

Soon menyatakan bahawa tumpuan utama jenama ini adalah pada pengembangan geografi melalui perkongsian strategik, skalabiliti, dan perlindungan masa depan.

 

chery

 

Selain itu, beliau menekankan komitmen untuk melabur dalam latihan dan pembangunan kemahiran bagi pasukan jualan dan pasukan selepas jualan untuk menonjolkan dedikasi jenama tersebut.

Langkah strategik tersebut bertujuan untuk meningkatkan aksesibiliti kepada pelanggan dan membina kehadiran Chery di seluruh negara.

Menurut Chery Malaysia, Pengembangan itu bukan sahaja komitmen dalam menyampaikan kenderaan yang inovatif, malah untuk memberi kualiti tinggi yang memenuhi keperluan para pemandu.

 

chery

 

Menurut Pengarah Produk Chery Auto Malaysia, Michael Chew, Chery akan melancarkan Omoda E5 pada suku pertama tahun ini seperti yang dijanjikan tetapi dan memberitahu bahawa model Tiggo 7 Pro akan diperkenalkan dalam suku kedua tahun 2024.

Dalam suku keempat, Chery dijangka akan memperkenalkan model baru yang belum dikongsikan lagi dengan harga yang lebih kompetitif dan mampu milik.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Mengenai spesifikasi, TIGGO 7 PRO dinadikan dengan enjin 1.6L turbo yang menghasilkan kuasa output…
Berita Domestik
Pusat pameran tersebut Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota…
Berita Domestik
Pelanggan turut berpeluang menikmati pakej eksklusif yang bernilai sehingga RM11,000 sekiranya…