Chery masih ada fokus untuk kenderaan hidrogen

oleh HEZERI SAMSURI|
Chery Automobile masih lagi memberikan fokus kepada kenderaan hidrogen, walaupun permintaan dan penggunaannya berada di tahap minima.

Menjawab soalan Careta semasa sesi dialog bersama media Malaysia di ibu pejabat Chery di Wuhu, China, Presiden Chery Automobile, Tongyue Yin berkata syarikat itu sudah mempunyai produk berteraskan hidrogen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kami sedang mengusahakan generasi kelima untuk model sedan yang menggunakan tenaga hidrogen.

Namun begitu, hidrogen masih mempunyai banyak cabaran di luar jangkauan kami dan kerana itu, promosi untuk produk ini tidak begitu meluas," ujar Yin.

Antara cabaran yang dikongsi oleh Yuen ialah bekalan hidrogen yang masih kurang kerana kos pemindahan hidrogen ke stesen-stesen pengisian bahan api itu yang tinggi.

 

Tongyue Yin, Presiden Chery Automobile menjawab soalan Careta di sidang media di Wuhu, China.
Tongyue Yin, Presiden Chery Automobile menjawab soalan Careta di sidang media di Wuhu, China.

 

"Teknologi hidrogen masih mempunyai tempat di dalam pasaran, tetapi lebih kepada kenderaan komersil.

Dalam tahun 2022, Chery telah mengumumkan Strategi Yaoguang 2025 di mana ia mempunyai 19 teras teknologi utama yang meliputi platform, chip pemprosesan komputer, enjin hibrid berkecekapan tinggi, bateri, pemanduan autonomi, platform "cloud" pintar dan juga teknologi hidrogen.

Guibing Zhang, Timbalan Presiden Eksekutif untuk Chery International pula menambah bahawa hampir kesemua model di bawah kumpulan Chery mempunyai varian PHEV (Plug-in Hybrid).

"Namun begitu, ia tetap bergantung kepada permintaan pasaran setempat dan juga polisi dan insentif yang diberikan oleh negara tersebut," terang Zhang.
 

Chery mempunyai varian PHEV untuk kebanyakan model mereka, tetapi Malaysia kini hanya memfokuskan EV untuk insentif.
Chery mempunyai varian PHEV untuk kebanyakan model mereka, tetapi Malaysia kini hanya memfokuskan EV untuk insentif.

 

Zhang kemudian berkata pasaran Asean adalah satu pasaran yang penting dan mereka mempunyai strategi yang berbeza untuk setiap negara ahli Asean.

"Kami mempunyai operasi penting di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Pengumuman akan perancangan di setiap negara itu akan diumumkan apabila segalanya sudah bersedia," ujar beliau.

Semalam Careta sudah melaporkan bahawa Chery Malaysia akan membuka kilang pemasangan tempatan di Shah Alam, dengan kemungkinan untuk eksport.

Chery Malaysia bagaimanapun tidak mahu memberi komen tambahan akan berita tersebut tetapi bersetuju menyatakan bahawa jenama itu mempunyai perancangan jangka masa panjang yang cukup besar bagi Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…
Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…
Berita Domestik
Chery Dari apa yang kami fahami, Chery ialah jenama utama dan ia direka untuk pasaran umum.…