Untuk pasaran Malaysia, Omoda 5 ditawarkan dengan dua varian iaitu C dengan harga bermula dari RM108,800, dan varian tertingginya H dengan harga bermula dari RM118,800.
Menjadi model dalam SUV segmen B, Omoda 5 memiliki dimensi 4,400mm panjang, 1,830mm lebar, 1,585mm tinggi dan jarak roda 2,630mm.
Kedua-dua varian dikuasakan enjin 1.5 liter TCI 4 silinder dipadankan bersama transmisi CVT 9 kelajuan, yang mampu menghasilkan 156 HP dan 230 Nm.
Ia juga tampil dengan dua mod pemanduan, iaitu Eco dan Sport.
Dari segi rekaan, Omoda 5 membawakan rupa futuristik dan agresif yang direka khusus untuk golongan muda bekerjaya.
Ia menampilkan rekaan lampu DRL di atas dan lampu utama di bumper hadapan, bersama jeriji berbentuk berlian, dimana bahagian belakang juga menampilkan dwi-spoiler yang memberikan rupa agresif.
Pada bahagian dalam juga, rekaan agresif diteruskan dengan menampilkan tempat duduk hadapan semi-bucket, bersama fungsi ventilated (varian H).
Bahagian dalam turut dilengkapi skrin infotainment dan kluster instrumen digital bersaiz 10.25 inci, bersama fungsi Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.
Selain itu juga, ia turut dilengkapi dengan fungsi lampu ambien dan sistem bunyi Sony Premium bersama 8 pembesar suara (varian H).
Bagi memberikan saingan dalam segmennya, Omoda 5 turut dilengkapi dengan ciri sistem ADAS, merangkumi:
- Lane Departure Warning (LDW)
- Blind Spot Detection (BSD)
- Emergency Lane Keeping (ELK)
- Rear Cross Trafic Alert (RCTA)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Front Collision Warning (FCW)
- Autonomous Emergency Braking (AEB)
- Headlamp Automatic Control (HMA)
- Lane Departure Prevention (LDP)
- Intergrated Cruise Assist (ICA)
- Traffic Jam Assist (TJA)
- Speed Limit Assist (SLA)
- Traffic Signs Recognition (TSR)