Chery Tiggo 4 Pro - bakal buat Perodua dan Honda berpeluh?

oleh HEZERI SAMSURI|
Chery nampaknya membuat pelbagai kejutan di AutoChina 2024 yang berlangsung di Beijing ini.

Selain dari strategi yang memang membuatkan Proton tak senang duduk, produk yang bakal dilancarkan untuk Malaysia juga dilihat semakin berdaya saing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kali ini giliran Perodua dan Honda pula untuk berpeluh di dahi kerana Careta mendapat tahu bahawa SUV kompak Tiggo 4 Pro akan dilancarkan di Malaysia kelak.

Tiggo 4 Pro ini ialah varian terkini yang mempunyai rekabentuk yang lebih modern, dan dijana dengan enjin 1.5L turbo yang mampu menghasilkan 147 PS serta 210 Nm menggunakan transmisi CVT.

Ia juga boleh didatangkan dengan enjin 1.5L n/a (aspirasi normal tanpa turbo) agar harganya lebih mampu milik.

 

Lampu depan dan belakang dari jenis LED serta bamper yang lebih sporti dari versi asal pra-facelift, cuma roda aloi yang penulis rasa perlu ditukar kerana nampak terlalu ringkas dan murah.

Gril besar juga tidak terlalu keterlaluan seperti yang ada pada Omoda 5.

Bahagian tingkap sisi diberikan garisan yang kemudian meningkat ke atas bila sampai ke hujung, memberikan bentuk iras-iras BMW X1. 

Ditambah lagi dengan muncung yang panjang, memang ia kelihatan mencedok sedikit elemen Jerman. 

 

 

Jika bahagian luar tidak begitu seksi, ruang dalam akan membuatkan ramai menanggukkan kepala. 

Lengkap dengan paparan skrin LCD panjang yang tercatuk di atas papan pemuka modern, konsol tengah juga jauh lebih modern dari pesaing-pesaing Jepun serta Malaysia.

Ia dijangka akan diperkenalkan awal tahun hadapan dan akan dipasang di Malaysia. 

Harganya, pasti antara Perodua Ativa (RM62,500 - RM72,600) dan Honda WR-V (RM90,000 - RM108,000).

Skrol ke bawah untuk galeri gambar-gambar Tiggo 4 Pro yang kami lihat di ibu pejabat Chery di Wuhu, China.
 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…
Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…
Berita Domestik
Chery Dari apa yang kami fahami, Chery ialah jenama utama dan ia direka untuk pasaran umum.…