Chevrolet Silverado HD 2021 mampu tunda beban 16,329 kg - terbaik dalam kelasnya!

oleh Mohamad Hanif|
Sudah banyak kehadiran trak pikap dengan angka output yang memberangsangkan di pasaran, namun ia tidak bermakna tanpa membuktikan keupayaan sebenar mengangkut atau menunda beban.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kelas trak pikap saiz penuh, Chevrolet telah mengemaskini penawaran trak pikap Silverado HD di mana ia kini mampu menunda beban seberat 16,329 kg!

Lebih spesifik, keupayaan tersebut sebenarnya dimiliki oleh Silverado 3500 HD Work Truck yang dilengkapi enjin 6.6 liter Duramax yang memacu roda belakang, di mana para jurutera berjaya meningkatkan keupayaan tersebut sebanyak 227 kg berbanding model terdahulu.

 


Untuk membantu tugas menunda beban dengan lebih mudah, trak pikap tersebut dilengkapi dengan beberapa teknologi baharu seperti sistem penglihatan untuk trailer belakang, indikasi sudut trailer, serta indikasi kepanjangan trailer yang membolehkan pemandu mengagak jarak yang lebih selamat untuk menukar laluan.

Terdapat beberapa edisi khas yang ditawarkan pada Silverado HD 2021, dan salah satu daripadanya adalah Carhartt Edition yang menggunakan varian LTZ sebagai asas dan mendapat beberapa kelengkapan seperti warna luaran Mosaic Black Metallic, pinstripe dan lencana Carhartt, tonneau cover dan rim 20 inci yang dibaluti tayar all-terrain.

 


Ruang dalaman pula didatangkan dengan alas lantai Carhartt, kerusi balutan kulit Jet Black dan Carhartt Brown, kemasan jahitan unik dan headrest yang dihiasi jahitan khas.

Bagi mereka yang mahukan kelainan boleh mendapatkan versi Z71 Sport Edition (trim LT dan LTZ) yang membawakan penampilan yang sedikit 'monokromatik', diikuti tiga warna pilihan (Red Hot, Summit White, atau Northsky Blue), serta kehadiran aksen hitam pada roda, liang hud, pelindung cermin sisi, skid plate dan lencana.

Untuk mereka yang gemarkan kehadiran krom yang meluas boleh mendapatkan Z71 Chrome Sport Edition yang turut didatangkan dengan rim standard 20 inci.

 


Trak pikap Chevy Silverado HD 2021 turut mendapat kelengkapan standard seperti konsol tengah hadapan, Safety Confidence Package yang merangkumi brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran hadapan, pusat informasi pemandu dan roda stereng yang dilengkapi butang kawalan.

Chevrolet Silverado HD 2021 sudah pun memasuki fasa produksi dan bakal tiba di pusat pengedar bermula musim luruh ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pakej TRD Performance itu mampu menaikkan output kuasa asal enjin i-FORCE 389 hp kepada 421 hp @ 5,…
Berita Global
Namun, ia hanya sempat hidup selama dua generasi sahaja, di mana Nissan dilapor akan menghentikan…
Berita Global
Tidak menggunakan asas daripada model Silverado sedia ada, Chevrolet membangunkan trak pikap…