Chevrolet Spark - kereta paling murah di US

oleh HEZERI SAMSURI|
Kereta paling murah yang boleh dibeli di Amerika Syarikat sekarang ialah Chevrolet Spark.

Hatchback kecil bersaiz Perodua Axia ini dijual bermula dari harga US$13,400 atau RM54,100.c
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Spark datang dengan aksesori standard seperti skrin sesentuh 7-inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay, kamera undur, 10 beg udara, enjin 1.4L Ecotec, transmisi CVT, kawalan cengkaman StabiliTrak, sistem pemantauan tekanan udara tayar, perkhidmatan bantuan atas talian OnStar, alat Wifi HotSpot 4G LTE, audioa dengan enam pembesar suara, penapis udara kabin dan pelbagai lagi.

 

 

Careta pergi sendiri ke laman web Chevrolet dan cuba memesan Spark dengan spesifikasi paling asas dan selepas diskaun, harganya cuma US$12,645 atau RM51,050.

Ia juga menawarkan pinjaman maksimum (tujuh tahun, tanpa bayaran muka dan kadar faedah 2.19 peratus) dan bayaran bulanannya ialah US$169 atau RM682.

 

 

Chevrolet sudah tidak lagi diwakili di Malaysia. Di Thailand, ia cuma mempunyai trak pikap Colorado sahaja untuk ditawarkan kepada pasaran. Colorado ialah trak pikap yang dibina menggunakan platform dan tren kuasa dari Isuzu. 

Kenderaan paling mampu milik di Malaysia pula kekal milik Perodua dengan model Axia 1.0 E yang bermula dari harga serendah RM23,367 atau US$5,788. Varian ini sebenarnya khusus untuk sekolah memandu tetapi jika anda benar-benar mahukannya dan sanggup menunggu, ia boleh didapati dari pengedar-pengedar Perodua.

Perodua sentiasa memastikan akan ada satu varian yang mengekalkan harga paling mampu, sejak dari zaman model Kancil lagi.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Recall tersebut telah dimulakan pada bulan Jun tahun lalu dimana ia melibatkan penggantian inflator…
Berita Global
Namun, masih ada sinarnya kerana ia masih dikuasakan oleh enjin besar V8 LT2 6.2 liter, sama…
Berita Global
Jangka hayat model bajet Chevrolet itu tidak pernah bertahan lama, di mana produksi model generasi…