CHINA ATASI JEPUN SEBAGAI PENGEKSPORT KENDERAAN NOMBOR SATU DUNIA

oleh Firdaus Razani|
Di era teknologi yang semakin berkembang menyaksikan banyak negara yang bersaing untuk menjadi pengaruh utama dalam sesebuah industri yang berkaitan dengan teknologi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terkini, hasil kedudukan yang luas di beberapa negara serta industri kenderaan eletrik (EV) global yang semakin berkembang menjadikan negara China sebagai pengeksport automobil terkemuka dunia buat kali pertama.

Berdasarkan data awal dari Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM), China mengeksport 4.41 juta kereta dari Januari hingga November, ia meningkat 58 peratus daripada tempoh tahun lalu.

 

china

 

Hasil daripada itu, ia berjaya menewaskan Jepun sebagai pengeksport kenderaan di mana Jepun hanya meningkat 15 peratus dan 3.99 juta kenderaan dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini.

Kali terakhir Jepun jatuh dari tempat teratas ialah pada 2016, apabila ia dipintas oleh Jerman.

China mengeksport 730,000 kenderaan ke Rusia dalam tempoh Januari-Oktober, tujuh kali lebih banyak daripada tahun sebelumnya.

Kebanyakannya kereta berkuasa petrol dieksport ke negara tersebut, termasuk kenderaan utiliti sukan (SUV) bersaiz sederhana dan besar.

Selain Rusia, keuntungan kedua terbesar dalam eksport China ialah Mexico, di mana jumlahnya meningkat 71% kepada 330,000 kenderaan.

 

china

 

Menurut CAAM, EV dan kenderaan tenaga baharu lain yang dieksport membantu melonjak kepada  77 peratus, 1.43 juta unit dalam tempoh Januari-Oktober.

Kategori kenderaan itu menyumbang 34% daripada semua eksport kereta pada bulan tersebut dan kebanyakan eksport kenderaan tenaga China menuju ke Eropah dan Asia Tenggara.

Perkara itu menjadi saingan kepada Jepun untuk memegang bahagian pasaran eksport ke Asia Tenggara dan peralihan kepada EV membuat kereta Jepun merudum di bahagian pasaran.

 

china

 

Antara Januari dan Oktober, eksport kenderaan tenaga baharu dari China ke pasaran Asia lain menutup jumlah untuk Eropah.

Eksport ke Thailand meningkat dua kali ganda angka tahun lalu, mengatasi eksport ke U.K.

Pengarah urusan di firma perunding A.S. AlixPartners, Tomoyuki Suzuki melihat subsidi negara sebagai faktor utama kelebihan daya saing pembuat kereta China dalam eksport.

"Penyertaan besar-besaran subsidi oleh kerajaan China telah meluaskan rantaian bekalan untuk pembuatan dan jualan automotif merentasi sempadan," kata Suzuki.

 

SUMBER : ASIA NIKKEI

Berita Berkenaan

Kereta
Perkara seperti tersebut membuatkan sesetengah orang masih kurang yakin dengan kebolehan dan…
Berita Global
Laporan itu datang selepas Ketua eksekutif Tesla, Elon Musk membuat lawatan mengejut untuk bertemu…
Berita Domestik
Majlis perasmian itu diadakan di Dewan Gandasuli Tamara Residence, bersama-sama dengan sambutan…