China mampu pintas Jepun sebagai pengeksport utama dunia akhir 2023 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
China kini sedang berada di landasan yang tepat untuk memintas Jepun sebagai pengeksport utama kenderaan di dunia menjelang akhir tahun 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut analisis daripada Moody's Analytics, China berjaya mengejutkan dunia sepanjang pandemik dengan memintas Korea Selatan pada tahun 2021, dan Jerman pada tahun 2022 sebagai pengeksport kedua terbesar di dunia.

Melihatkan kepada angka semasa, tidak mustahil China mampu untuk memintas Jepun.

Tambah laporan itu lagi, negara Tembok Besar itu kini berada di belakang Jepun dengan perbezaan sekitar 70,000 unit kereta sebulan pada bulan Jun, berbanding hampir 171,000 unit untuk tempoh yang sama tahun lepas.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


Permintaan yang tinggi terhadap kenderaan elektrik menjadikan jumlah eksport keseluruhan China melebihi tahap yang tidak pernah dilihat pra-pandemik.

Untuk tempoh separuh pertama 2023, eksport EV China melonjak dua kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Sebagai perbandingan, jumlah eksport keseluruhan dari Jepun dan Thailand yang merangkumi kedua-dua kenderaan tradisional dan EV masih lagi belum mencecah tahap yang dicapai pra-pandemik.

China mempunyai kelebihan dari segi teknologi produksi sel bateri lithium-ion, di mana menurut Moody's ia dilihat sebagai satu faktor yang menyumbang kepada kos produksi yang rendah.
 

BYD


Menurut unjuran Moody's, China kini menghasilkan lebih daripada separuh bekalan lithium dunia, terima kasih kepada kos buruh yang rendah berbanding pesaing Jepun dan Korea Selatan.

Disebabkan itu, ada sesetengah syarikat automotif dunia telah pun mendirikan kilang produksi di China, termasuklah Tesla dan BMW.

Namun begitu, EV masih lagi menguasai hampir 30 peratus daripada jumlah kenderaan penumpang di seluruh dunia, berbanding kurang daripada 5 peratus sebelum pandemik.

Berdasarkan data daripada International Energy Agency, jualan EV melonjak kepada lebih 10 juta unit pada tahun 2022, di mana China memegang 60 peratus daripada pasaran tersebut.

Sumber: CNBC

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…
Sukan Bermotor
Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing meraih tempat kedua dengan…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…