China pintas Jepun sebagai pengeksport kenderaan terbesar dunia

oleh Mohamad Hanif|
China kini mengambil alih kedudukan Jepun sebagai pengeksport kenderaan terbesar di dunia untuk tahun 2023, lapor Auto News.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan data daripada China Passenger Car Association, negara tersebut dianggarkan telah mengeksport 5.26 juta kenderaan tahun lepas, merangkumi kenderaan penumpang, trak dan juga bas.

Sebagai perbandingan, Jepun telah mengeksport sebanyak 4.3 juta kenderaan untuk tempoh yang sama.

Menurut Auto News lagi, kemunculan pasaran baharu seperti Rusia dan Mexico turut menyumbang kepada pertumbuhan eksport China.
 

BYD


Seperti yang dijangka, sebahagian besar daripada angka eskport tersebut disumbangkan oleh BYD, di mana pengeluar itu telah mencapai angka jualan sebanyak 3,024,417 unit sepanjang tahun 2023.

Pencapaian itu sekaligus melayakkan BYD untuk duduk di dalam kelompok 10 pengeluar utama di dunia.

Daripada angka 3.02 juta kenderaan yang telah dijual, 1.57 juta unit terdiri daripada kenderaan elektrik bateri (BEV), malah BYD turut memintas Tesla sebagai pendahulu di dalam jualan EV pada suku keempat 2023 (Q4 2023).

Sumber: Auto News

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…
Sukan Bermotor
Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing meraih tempat kedua dengan…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…