CIRI AUTOPILOT TESLA TERUS DIKRITIK, KALI INI MELALUI IKLAN SUPER BOWL

oleh Firdaus Razani|
Usahawan teknologi Amerika Syarikat, Dan O’Dowd mengkritik hebat terhadap ciri autopilot Tesla melalui siaran iklan semasa perlawanan Super Bowl baru-baru ini di Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Siaran kali ini merupakan kali kedua disiarkan semasa permainan Super Bowl itu berlangsung, pada tahun lalu, The Dawn Project menyiarkan satu iklan mendakwa ciri Autopilot membahayakan nyawa.

 

tesla

 

"The Dawn Project" O'Dowd, mengatakan ia mahu menjadikan sistem perisian lebih selamat untuk manusia dengan menyiarkan dua iklan semasa Super Bowl menyeru pengguna memboikot produk Tesla itu.

 

 

O’Dowd dalam satu kenyataan berkata "Tesla telah gagal berkali-kali untuk menangani kegagalan dalam perisian pemanduan sendiri yang rosak.

“Apabila anda membeli Tesla baharu, anda membiayai dan membolehkan Elon Musk meletakkan produk yang berbahaya dan belum siap di jalan awam kami.” katanya.

 

 

Beliau percaya salah satu cara untuk meletakkan tekanan pada Tesla dan Elon Musk adalah dengan memboikot produk mereka.

Tahun lepas, kumpulan itu menghasilkan satu iklan yang menunjukkan kenderaan Tesla yang tersiratnya menggunakan sepenuhnya ciri pemanduan sendiri.

Dalam satu siri ujian video oleh The Dawn Project, kereta itu melanggar boneka bersaiz kanak-kanak di lintasan sekolah dan bayi palsu di dalam kereta dorong.

 

 

"Dua bulan selepas iklan kami disiarkan, seorang kanak-kanak telah dilanggar oleh Tesla semasa turun dari bas sekolah," kata O'Dowd kepada CNN dalam temu bual telefon.

Beliau turut mempersoalkan kepada Tesla, mengapa mereka tidak mematikan ciri pemanduan sendiri tersebut dan percaya perkara itu akan menyelamatkan nyawa serta tidak membebankan Tesla.

Beliau turut berkongsi data yang menunjukkan sekurang-kurangnya 33 kematian dan lebih daripada 1000 kemalangan yang disebabkan oleh teknologi itu.

 

tesla

 

The Dawn Project telah membelanjakan sebanyak $552,000 pada kempen iklan Super Bowl tahun ini, yang hanya disiarkan di pasaran terpilih, ia jauh lebih rendah daripada kos sekitar AS$7 juta untuk menyiarkan Iklan 30 saat secara nasional.

Tesla telah lama menjadi sasaran oleh O'Dowd, pada 2022, beliau pernah bertanding untuk Senat AS berdasarkan kempen anti-Teslanya namun beliau tidak berjaya.

 

tesla

 

Walaubagaimanapun, pada Disember 2023, Tesla telah melancarkan kemas kini kepada lebih daripada dua juta kenderaan di AS berikutan siasatan oleh NHTSA terhadap kira-kira 1,000 kemalangan di mana ciri Autopilot digunakan.

Kemaskini tersebut membolehkan sistem Autopilotnya menjadi lebih berwaspada jika pemandu menyalahgunakan ciri tersebut.

 

SUMBER : CNNBussiness , CarExpert

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…