Civic mati, tapi jualan City di India menjadikan ia sedan terbaik dalam segmen

oleh HEZERI SAMSURI|
Honda City generasi kelima nampaknya mencetuskan satu fenomena baharu di India bila ia menjadi sedan saiz pertengahan paling laku di India.

City baharu itu juga menyumbang sebanyak 10 peratus kepada pertumbuhan segmen itu bagi tempoh jualan dari Julai ke Disember 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda City generasi kelima dilancarkan di India dalam bulan Julai 2020 dan sehingga Disember lalu, sebanyak 17,347 unit telah dijual. India juga masih lagi menjual Honda City generasi keempat.

City adalah model kedua paling popular untuk Honda, selepas Amaze (sedan bersaiz seperti Perodua Bezza). 

Honda City juga adalah sedan saiz pertengahan yang paling panjang dan lebar serta datang dengan enjin 1.5L i-VTEC DOHC VTC petrol dan 1.5L i-DTEC DOHC diesel.

Harga City generasi kelima bermula dari Indian Rupee 10 99 967 atau RM60,687.

Pinjaman kenderaan di India pula adalah sehingga 100 peratus harga kenderaan, untuk tempoh maksimum lapan tahun dan dengan kadar faedah serendah 7.30 peratus setahun.  

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…