Sistem terbaharu itu adalah teknologi sama seperti pengecaman muka yang digunakan pada telefon pintar masa kini, teknologi itu juga dikatakan bakal membantu untuk mengurangkan kes kecurian kereta.
Teknologi Trinamix Face Authentication itu akan menggunakan sistem baharunya untuk menghalang kereta daripada dipandu jika ia tidak mengenali pemilik di tempat duduk pemandu.
Sistem tersebut berfungsi seperti sesuatu yang biasa seperti cap jari, atau mengenali hubungan unik antara struktur muka, iris dan retina, urat atau cetakan tapak tangan, ia juga boleh digunakan untuk mengenali corak pergerakan, seperti gaya berjalan seseorang.
Antara ciri tambahan lain juga, sistem itu boleh digunakan untuk membuat pembayaran seperti tol, mengisi minyak atau mengecas EV.
Sistem itu dipacu oleh kamera, dimana ia dipasang dalam paparan instrumen yang akan memantau tahap perhatian pemandu, fungsi yang akan menjadi wajib di Eropah suatu hari nanti.

Selain menangkap dan mengenali ciri unik dan perkadaran wajah pemandu menggunakan pengecaman 2D, ia menggunakan analisis profil pancaran untuk mengelak daripada ditipu.
Apabila pemandu masuk ke dalam kereta dan cuba menghidupkannya, skrin memancarkan sumber cahaya yang tidak kelihatan untuk menerangi wajah orang tersebut dengan corak titik biasa.
Pantulan setiap titik ditangkap oleh kamera inframerah dan data imej dianalisis oleh algoritma perisian. Daripada profil pancaran, algoritma boleh mengumpul maklumat tentang bahan permukaan objek (dalam kes ini, muka pemandu) yang diukur.
Dengan cara itu, sistem boleh membezakan antara kulit manusia dan topeng silikon 3D, sistem Trinamix juga sudah memenuhi keperluan keselamatan untuk membuat pembayaran dengan telefon Android.
Nampaknya sistem terbaharu dari Continental ini sememangnya akan menyusahkan lagi usaha pencuri kereta dalam menjalankan kerja keji mereka.
Sumber: Autocar