Baru-baru ini, syarikat tersebut telah mengadakan cabaran Conti Mount Kinabalu Challenge 2023 yang melibatkan penyertaan 53 pekerja mereka dari kilang di seluruh Malaysia.
Kesemua pekerja yang menyertai cabaran tersebut telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan menjalani latihan bagi persediaan mendaki sejak bulan Ogos 2022.

Perjalanan mereka bermula seawal pagi pada 10 Februari dari Timpohon Gate menuju ke arah Panar Laban yang mengambil masa sekitar 4 jam untuk kumpulan pertama tiba.
Perjalanan mereka ke puncak dikatakan tertangguh seketika akibat hujan lebat, dimana ia menyebabkan perjalanan naik lebih mencabar.

Dalam kegelapan sewaktu jam 3.30 am, pasukan itu terpaksa mengharungi perjalanan yang sukar akibat keterpurukan cuaca melalui kawasan licin, berbatu dan kawasan lapang.
Beberapa pendaki berpengalaman juga menghadapi kesukaran untuk melengkapkan pendakian dengan udara yang semakin menipis di samping masalah Acute Mountain Sickness (AMS).

41 orang dari pasukan tersebut berjaya mencapai di ketinggian puncak tertinggi iaitu 4,095 m (13,435 kaki) di atas paras laut, serentak apabila matahari mula naik.
Kejayaan syarikat Continental bersama para pekerja untuk menawan puncak tertinggi Gunung Kinabalu itu sememangnya sesuatu yang amat membanggakan.