Selepas penangguhan aksi Pusingan 1 yang dijadualkan berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor minggu lalu, promoter kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd bekerjasama rapat dengan semua pihak yang terbabit bagi mengemas kini kalendar perlumbaan baharu untuk musim ini.
Kalendar baharu bagi saingan musim 2020 ini akan diumumkan dalam masa terdekat.
Dalam masa yang sama, pihak Cub Prix Malaysia menggesa semua pihak agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan serta langkah-langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Marilah kita memberi kerjasama mengatasi segala cabaran sepanjang wabak Covid-19 agar acara sukan di Malaysia dapat diteruskan seperti biasa.
Pihak Cub Prix Malaysia juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penaja, pasukan, pelumba serta semua yang terbabit atas kesabaran dan sokongan yang tidak berbelah bahagi selama ini.
Sumber: BH