COVID-19: Operasi PUSPAKOM Teluk Kumbar ditutup sementara bermula 12 Ogos 2021

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
PUSPAKOM mengambil langkah menutup sementara operasi Pusat Pemeriksaan Kenderaan Teluk Kumbar, Pulau Pinang mulai 12 Ogos 2021 bagi melakukan proses disinfeksi dan sanitasi. Ini adalah bagi memastikan keselamatan semua pihak.


Pembukaan semula PUSPAKOM Teluk Kumbar akan dimaklumkan kelak.


Bagi pelanggan yang telah membuat temujanji pemeriksaan di cawangan tersebut, bayaran temujanji akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh 30 hari.

 

Temujanji pemeriksaan boleh dilakukan semula apabila PUSPAKOM Teluk Kumbar beroperasi kembali seperti biasa. 


Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh ke cawangan berdekatan iaitu PUSPAKOM Mak Mandin (bagi semua kategori kenderaan) atau PUSPAKOM Batu Maung (bagi kenderaan perdagangan ringan dan kenderaan persendirian sahaja).

 
Pelanggan diminta untuk mengabaikan Peringatan Temujanji MyPUSPAKOM jika menerimanya sepanjang tempoh penutupan cawangan.
 
 
Orang ramai boleh mengikuti Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd atau melayari www.puspakom.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung operasi PUSPAKOM dari semasa ke semasa.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Kita perlu lihat apakah berat muatan yang dibawa lori berkenaan, mengambil contoh insiden…
Berita Domestik
Peralihan kepada transaksi tanpa tunai ini mampu menjimatkan masa, selain lebih selamat dan selaras…
Berita Domestik
Salah satu daripadanya merupakan Program Hari Bersama Pelanggan Go the Extra Mile (GEM) yang telah…