COVID-19: Seorang kakitangan MRT laluan Kajang positif

oleh SALINA JALIL|
Rapid Rail Sdn Bhd hari ini mengesahkan seorang kakitangan operasi Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang yang bertugas sebagai pengendali tren disahkan positif COVID-19 dan kini dikuarantin di Hospital Sungai Buloh.


Syarikat itu menerusi satu kenyataan memaklumkan Rapid Rail yang menjadi operator bagi MRT laluan Kajang melaksanakan kerja-kerja nyah kuman dan pembersihan tempat kerja kakitangan berkenaan malam tadi berpandukan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Tren-tren sememangnya ditetapkan untuk menjalani kerja-kerja pembasmian kuman dan pembersihan setiap malam selepas operasi.

 

"Semua kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan berkenaan telah diminta menjalani ujian saringan dan kuarantin kendiri selama 14 hari seperti ditetapkan di bawah prosedur operasi standard (SOP) KKM,” menurut kenyataan itu, yang memaklumkan kali terakhir pekerja itu bertugas adalah pada 21 Okt lepas.

 

Menurut kenyataan itu lagi, semua agensi berwajib yang berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah dimaklumkan berhubung langkah-langkah yang diambil.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
Selain itu, ia adalah kesinambungan daripada projek perintis koc wanita di MRT laluan Kajang yang…
Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…
Berita Domestik
Menurut kenyataan itu angka penggunaan harian tertinggi adalah 1,200,433 yang dicatatkan pada 22…