COVID-19: Syarikat penerbangan guna pesawat penumpang untuk bawa kargo

oleh HEZERI SAMSURI|
Oleh kerana kebanyakan penerbangan terpaksa dibatalkan, ada syarikat-syarikat penerbangan yang telah mula menggunakan pesawat-pesawat penumpang mereka untuk membawa kargo.

Lebih dari 185,000 penerbangan dibatalkan di seluruh dunia akibat wabak COVID-19 dan ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengurangkan kapasiti mereka sehingga 90 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan itu, kos kargo udara meningkat sekali ganda dan ini menjadikan sektor itu lebih menarik.

Buat masa sekarang, Korean Air, Scoot (penerbangan bajet milik Singapore Airlines) serta Delta Airways sudah mengambil keputusan untuk menggunakan pesawat penumpang mereka untuk dijadikan pesawat kargo.

British Airways dan Cathay Pacific diberitakan sedang menimbangkan idea itu juga.

Industri penerbangan dikatakan akan merudum dan syarikat-syarikat penerbangan US telah meminta suntikan kewangan lebih dari US$50 billion untuk memastikan ia masih beroperasi.

Syarikat penerbangan rasmi negara, MAS pula sudah menawarkan cuti tanpa gaji kepada kakitangannya dan kemungkinan besar ia akan meminta lagi bantuan modal dari Khazanah Nasional.

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau tidak menafikan bahawa harga tiket penerbangan akan melonjak naik pada musim perayaan lebih-…
Berita Domestik
Dalam pelancaran Double Takeoff yang diadakan di KLIA 2 pada 30 Jun lepas, MYAirline memperkenalkan…
Informasi
  Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GCAA) memberitahu Agensi Berita Emirates (WAM) bahawa syarikat…