Cyberjaya uji penggunaan Automated Rapid Transit Januari 2022

oleh Mohamad Hanif|
Penggunaan sistem pengangkutan automated rapid transit (ART) tanpa landasan bakal diperkenalkan di Cyberjaya pada tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada The Rakyat Post, Majlis Perbandaran Sepang telah mengesahkan projek perintis selama tiga bulan akan dijalankan bermula Januari 2022 melibatkan kawasan Persiaran Rimba Permai dan Persiaran Bestar.

Sistem ART merupakan gandingan antara bas, perkhidmatan transit aliran ringan dan tram yang menggunakan jalan raya sebenar tanpa memerlukan landasan khas.

Perkhidmatan ART ini menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya dan menyokong sistem pemanduan autonomi, namun boleh dikawal secara manual dengan kehadiran pemandu.

Setiap tram terdiri daripada tiga gerabak yang mampu memuatkan sehingga 307 penumpang pada satu-satu masa dan berkeupayaan untuk bergerak sepantas 70 km/j.

Projek ini juga dikatakan mampu membantu Cyberjaya untuk mengurangkan emisi karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2030.

Sumber: The Rakyat Post

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Astro Awani, sesi temuduga itu diadakan bermula jam 12.00 tengah hari hingga 4…
Informasi
  Lebih menggerunkan apabila terdapat sekumpulan remaja yang ‘berani’ menampilkan aksi berbahaya…
Berita Domestik
Dalam satu laporan terbaharu daripada rakan media Amanz, Futurise telah pun mengumumkan syarikat…