Cycle & Carriage Mutiara Damansara terima pengiktirafan GreenRE Silver Certification

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Cycle & Carriage Mutiara Damansara baru-baru ini telah mencatat pencapaian terbaiknya dengan menerima pengiktirafan GreenRE Silver Certification, menjadikannya sebagai pengedar automotif pertama di Malaysia untuk mencapai tahap pengiktirafan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam usahanya menyediakan pengalaman yang mampan kapad pelanggan, pekerja dan komuniti Cycle & Carriage komited untuk mendapatkan pensijilan tersebut bagi lokasi lain dari utara hingga selatan Semenanjung Malaysia.

 

2

 

GreenRE merupakan sistem pensijilan bangunan hijau yang diiktiraf secara meluas di Malaysia, di mana ia menilai dan memperakui bangunan berdasarkan kelestarian alam sekitar dan kecekapan tenaga.

Pensijilan GreenRE terdiri dari beberapa peringkat termasuk Platinum, Emas, Perak dan Gangsa, dibezakan oleh tahap komitmen kepada kelestarian.

 

3

 

Pensijilan tersebut mengambil kira kecekapan tenaga, kecekapan air, kualiti persekitaran dalaman , pembangunan tapak yang mampan, bahan dan sumber, serta inovasi bangu

Antara kriteria yang dipenuhi oleh Cycle & Carriage Mutiara Damansara untuk menerima penarafan GreenRE Silver Certification ialah:

  • Menggunakan penyaman udara yang cekap dengan menggunakan lampu LED
  • Mengurangkan penggunaan elektrik dengan menggunakan lampu LED
  • Pemantauan dan penambahbaikan berterusan untuk kesejahteraan penghuni bangunan
  • Tempat letak kereta dengan keutamaan stesen pengecas EV.
  • Akses pengangkutan awam yang baik seperti stesen MRT dan perhentian bas
  • Pengurangan sisa dan kitar semula

 

4

 

Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Malaysia, Thomas Tok berkata,  “Kami amat berbangga dengan pencapaian Cycle & Carriage Mutiara Damansara baru-baru ini.”

“Pensijilan ini adalah permulaan komitmen jangka panjang kami untuk masa depan yang lebih hijau dan merupakan cerminan dedikasi yang tidak berbelah bagi ke arah kelestarian.”

“Dengan langkah penting ini ke arah penyepaduan amalan mementingkan alam sekitar ke dalam operasi kami, kami berharap ia akan memberi inspirasi dan mendorong perubahan positif dalam industri automotif untuk masa depan yang lebih baik dan lebih mampan.”

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Seperti kebanyakan negara di peringkat global, Malaysia turut menyaksikan peningkatan minat…
Berita Domestik
Jenama itu bersatu untuk menjadi tuan rumah Pengembaraan Kenderaan Elektrik (EV) pertama di…
Berita Domestik
Kembali bagi tahun keempatnya, Cycle & Carriage terus membuka jalan kepada belia yang layak…