Seperti kebanyakan negara di peringkat global, Malaysia turut menyaksikan peningkatan minat terhadap EV yang kini dilihat semakin rancak dengan penawaran pelbagai model baharu.
Jika anda adalah salah seorang yang mempertimbangkan untuk membeli EV, sekarang adalah masa terbaik untuk mempelajari semua tentang penggunaan kenderaan elektrik.
Bagi membantu anda menghilangkan persepsi negatif terhadap penggunaan dan pemilikan EV, Cycle & Carriage telah berkongsikan tiga perkara biasa mengenai kerisauan dan salah tanggapan yang perlu dilupakan.
Fasiliti pengecas EV yang terhad di Malaysia
Kebimbangan mengenai infrastruktur pengecasan yang mencukupi untuk pemilik EV di Malaysia menjadi antara kerisauan utama.
Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia semakin bergerak ke arah penggunaan EV yang semakin berkembang, di mana penawaran pengecas DC dan AC terus meningkat.
Akses terhadap stesen pengecas kini lebih mudah dengan lebih banyak pusat membeli-belah utama kini menyediakan pengecas EV.
Bagi membantu pemilik EV juga, kini mencari titik pengecasan terdekat lebih mudah melaluu aplikasi mesra pengguna seperti Setel, JomCharge, ChargeEV dan ParkEasy.
Untuk kemudahan tambahan, pemilik EV juga mempunyai pilihan untuk memasang pengecas di rumah yang kini semakin banyak ditawarkan.
Pemilik EV Mercedes-Benz turut menerima faedah tambahan kemudahan pengecasan pantas DC di Cycle & Carriage merentasi beberapa lokasi di lokasi pusat pengedarnya di seluruh Malaysia.
Tidak akan bertahan dalam perjalanan yang jauh
Apabila memulakan perjalanan jauh, sama ada dengan EV atau kereta berenjin pembakaran dalaman, perancangan yang teliti dan persediaan adalah penting.
Pemilik EV boleh mengharungi perkara itu dengan pemikiran strategik yang sama bagi memastikan kelancaran
perjalanan sambil memaksimumkan potensi penuh kenderaan mereka.
Sama ada anda mengembara ke utara atau selatan, pemilik EV kini boleh merancang laluan mereka melalui aplikasi seperti Plugshare dan ABRP, yang membolehkan anda mencari stesen pengecasan di sepanjang jalan.
Terutama sekali apabila EV anda memiliki jarak perjalanan berkadar WLTP seperti barisan model Mercedes-EQ sehingga 782km untuk EQS 450+.
Untuk pemilik model Mrecedes-EQ juga, Bantuan Tepi Jalan 24 jam Cycle & Carriage sentiasa bersedia untuk menyokong dan membantu anda.
EV memerlukan penjagaan tambahan dan kos lebih tinggi
Walaupun kos awal untuk membeli EV mungkin melebihi kos kenderaan berenjin pembakaran dalaman, kelebihan jangka masa panjang jauh melebihi pelaburan awal.
EV memerlukan penyelenggaraan yang jauh lebih sedikit berbanding kereta berenjin pembakaran dalaman biasa.
Dengan ketiadaan enjin untuk diselenggara, pemilik hanya perlu menangani servis wear & tear biasa, sekaligus mengurangkan kos penyelenggaraan.
Apabila membandingkan kos penggunaan antara pengisian petrol atau diesel dan pengecasan EV, pengecasan EV adalah lebih efektif dari segi kos.
Kos pengecasan EV juga bergantung pada sama ada anda memilih pengecasan DC atau AC, di mana AC lebih murah tetapi lebih perlahan dan DC memberikan anda pengecasan pantas pada harga premium.
Paling penting, pengecasan EV membolehkan anda menyumbang kepada sebab yang lebih besar dengan menggunakan alternatif lebih mampan.
Peralihan kepada EV patut dipertimbangkan, terutamanya dengan faedah yang ditawarkannya, termasuk keupayaan untuk
mewujudkan masa depan yang lebih mampan dari segi kewangan dan alam sekitar.
Khusus untuk pemilik Mercedes-Benz yang ingin beralih ke arah EV, Cycle & Carriage Trade-In membolehkan anda menaik taraf pemanduan anda dengan penilaian kereta tanpa kerumitan.
Anda dapat mengekalkan nilai kompetitif daripada kenderaan semasa sebagai bayaran pendahuluan untuk model Mercedes-EQ pilihan anda.
Untuk sebarang maklumat lanjut, layari laman web Cycle & Carriage untuk sebarang perkembangan terkini.