Dacia Spring 2024, EV mampu milik, daripada GBP14.9 ribu (RM89.4 ribu) di UK!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dacia Spring 2024
Dacia Spring 2024
Renault Kwid dikeluarkan sejak 2015 sehingga kini dan dipelbagaikan kepada beberapa model di bawah Perikatan Renault Nissan Mitsubishi.

Apa yang menarik ialah Kwid mempunyai versi kenderaan elektrik (EV) iaitu Renault City K-ZE yang dikeluarkan sejak 2019.

Dari City K-ZE lahirnya Dacia Spring yang diperkenal pada 2020 dan mula dijual pada 2021.

Sewaktu diperkenal Spring memegang status sebagai EV paling murah di Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Dacia Spring 2024

 

Sejak 2021, Dacia giat memperkemaskan Spring sebagai contoh model 2023 dan terbaru versi pemanduan kanan buat pelanggan di United Kingdom (UK).

Tahukah anda berapa harga sempena pelancaran Spring? Bermula daripada 14,995 pound (RM89,434) dan meletakkannya sebagai EV paling mampu milik di UK.

Harga tersebut juga menempatkan Dacia di dalam senarai sepuluh kenderaan mampu milik di UK.

Spring ditawarkan dalam tiga varian dengan jarak pemanduan sehingga 220.5 kilometer (km) (kitaran gabungan WLTP) atau 299 km (kitaran bandar WLTP).

 

Dacia Spring 2024

 

Spring Expression dibahagikan kepada dua iaitu versi 45 kuasa kuda (hp) atau 65 hp (48 kW) dan menariknya walaupun membawa beban bateri, berat keseluruhan tidak sampai satu tan.

Menggunakan pengecas 7 kW dan dari punca kuasa kediaman bersesuaian, bateri kompak 26.8 kWj boleh dicas dari 20 sehingga 100 peratus dalam tempoh kurang daripada 11 jam.

Pengecas dinding 7 kW pula hanya memerlukan empat jam.

Spring Expression 45 dan 65 dilengkapi perkakasan asas seperti meter digital tujuh inci, stereng dengan tinggi boleh laras dan butang kawalan, penghad kelajuan dan kawalan jelajah.

 

Dacia Spring 2024

 

Turut dilengkapi sistem Kawalan Media dengan port USB, soket 12V, tingkap depan elektrik, penderia parkir belakang dan penyaman udara manual.

Lagi kelengkapan seperti penguncian berpusat kawalan jauh dan rim 15 inci (Expression 65).

Spring Extreme 65 pula lebih lengkap dengan riasan luar dan dalam tembaga, cermin sisi dan tingkap belakang elektrik, sistem multimedia Media Nav Live dan skrin 10 inci.

Varian teratas ini juga dilengkapi sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto, dua port USB dan menariknya pengecas dua hala bagi menguasakan peranti luar.

 

Dacia Spring 2024

 

Teknologi bantuan pemanduan terdiri daripada sistem pembrekan kecemasan dengan pengesanan kenderaan, pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal.

Lagi teknologi seperti pengecaman isyarat jalan raya dengan peringatan kelajuan, bantuan parkir belakang, lampu berhenti kecemasan dan bantuan pengekalan lorong.

Turut tersenarai, amaran perhatian pemandu, peringatan penukaran lorong dan panggilan kecemasan (eCall).

Memudahkan pemandu, Spring dilengkapi butang My Safety untuk capaian dan tetapan ADAS dengan pantas.

 

Dacia Spring 2024

 

Dari segi praktikaliti, walaupun nampak kecil ruang barang dengan kerusi belakang dilipat seluas 1,004 liter.

Selain itu, terdapat hampir 31 liter ruang simpan yang boleh didapati di ruang dalam kereta. 

Varian dan harga Dacia Spring 2024:

  • Expression Electric 45: GBP£14,995 (RM89,434)
  • Expression Electric 65: GBP£15,995 (RM95,567)
  • Extreme Electric 65: GBP£16,995.00 (RM101,542)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Dacia Spring 2024

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Euro NCAP, secara keseluruhan Renault Zoe menawarkan tahap perlindungan yang lemah…
Berita Global
Menurut laporan daripada Nikkei Asia, EV mampu milik dari Mitsubishi itu akan hadir menjelang 2023…
Berita Global
  Model keluaran Dacia juga berjaya di mana dalam tempoh 15 tahun lebih 6.5 juta pelanggan di…