Daimler bakal buang 1,100 pegawai pengurusan

oleh HEZERI SAMSURI|
Daimler, pemilik jenama Mercedes-Benz dilaporkan akan membuang seramai 1,100 orang pekerja di bahagian pengurusan di seluruh dunia.

Menurut laporan Bloomberg, pembuangan kakitangan itu adalah sebahagian dari perancangan CEO baharu, Ola Kallenius (gambar atas) dalam usaha untuk merendahkan kos.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Wakil kesatuan pekerja dikatakan ia bakal bermesyuarat dengan pihak atasan untuk menawarkan pakej pemberhentian sukarela untuk beberapa orang pekerja terbabit.

Wakil kesatuan pekerja Daimler nampaknya memahami keperluan syarikat untuk memulihkan keadaan kewangan dalam tempoh di mana industri automotif berubah kepada kenderaan elektrik dan kereta suapandu.

Daimler telah memotong sasaran jualan untuk tahun 2019 walaupun jualan kereta Mercedes-Benz diseluruh dunia semakin bertambah baik.

Tindakan lanjutan diperlukan agar syarikat lebih berdaya saing dan lebih mapan dalam proses transformasi industri mobiliti ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…