Para pemilik kenderaan Proton hanya perlu berkunjung ke pusat servis Proton yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan 20 mata terutamanya di bahagian enjin, pemeriksaan keadaan brek, bateri, tekanan tayar serta peralatan pemanduan yang lain.
Bagi setiap kenderaan yang dihantar untuk diservis menggunakan minyak pelincir Petronas Syntium SE 3000 dan SE 800, Proton akan memberikan hadiah percuma berupa set payung eksklusif atau set pemutar skru Rolson sementara stok masih ada sehingga 15 Jun 2018.
Bermula hari ini sehingga esok, Proton juga menyedian beberapa lokasi di Stesen Petronas terpilih bagi menyediakan perkhidmatan pemeriksaan 20 mata secara percuma bermula dari 10 pagi sehingga 5 petang seperti di bawah
- Petronas Jertih,
Lot 134 Mukim Pelagat,
Kawasan Seberang Jerteh, Terengganu - Petronas @ RZ Maju Teguh Ent.
Lot PT33762 HS (D) 3390/95
Bandar Laguna Merbuk
08000 Sungai Petani, Kedah - Petronas @ Eidaman Berkat
Lot PTD 53091 HS (D) 44103 & 53092 HS (D) 44109
Bandar Baru Air Hitam
86000 Kluang, Johor