Hampir 300k kenderaan gagal ujian Puspakom dalam tahun 2022

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebanyak 20.3 peratus daripada lebih 1.4 juta kenderaan yang diperiksa sepanjang tahun 2022 tidak melepasi pemeriksaan berkala di PUSPAKOM atas pelbagai sebab.

Statistik itu dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman yang mewakili negara dalam perjumpaan Jawatankuasa Pemeriksaan Kenderaan Bermotor Antarabangsa (CITA) dalam Persidangan Kumpulan Penasihat Serantau CITA di Kuala Lumpur semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari jumlah itu, kira-kira 296,000 buah kenderaan dapat dihindarkan dari berada di atas jalan raya untuk memastikan keselamatan awam terjaga. 

Perjumpaan CITA itu dihadiri oleh 30 ahli yang mewakili 11 negara, termasuk Puspakom dan ia bertujuan untuk menekankan kepentingan usaha kolaboratif dalam menangani cabaran keselamatan jalan raya dan pelepasan asap dalam skala global.

 

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman
Presiden CITA, Gerhard Müller

 

Menurut Presiden CITA, Gerhard Müller, sektor automotif yang berkembang pesat di rantau Asia dan Australasia memainkan peranan penting dlam membentuk masa depan pengangkutan.

Puspakom juga berkata bahawa bantuan dari CITA membolehkan operasi pemeriksaan kenderaan dilakukan dengan lebih cekap, teliti dan pantas.

"Purata masa pemeriksaan kenderaan dapat dikurangkan kepada 37 minit, berbanding 60 minit direkodkan beberapa tahun lalu," terang Mahmood.

Beliau juga percaya teknologi dan Kecerdasan Buatan yang semakin digunakan secara meluas mampu meningkatkan prestasi tersebut tanpa menjejaskan kualiti pemeriksaan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak kejadian, pasukan khidmat pelanggan Chery telah berhubung rapat dengan pelanggan dan telah…
Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
Katanya, ia dapat membantu mengenal pasti tahap keselamatan kenderaan menggunakan peralatan…